RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Isnin, Julai 28, 2008

Aku dan Cendawan :-)

28 dan 29 Jun 2008

Aku telah pergi ke Chini untuk menghadiri Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram. Hahaha, mungkin agak kelakarkan bunyinya kan? Aku orang IT tapi menceburkan diri dalam bidang yang jauh menyimpang dari kemahiran aku. :-) Tak kisah la tu. Janji, kursus ni sangat banyak memberi faedah kepada aku. Zaman sekarang ni bermacam-macam benda dan Barang Naik harga. Dengan minyak naik harga, makanan, tol, bahan mentah itu ini, kos sara hidup naik, kos pengangkutan dan bermacam-macam lagi la yang naik sampai aku dan semua orang naik hangin. Tujuan aku pergi menghadirkan diri ke kursus ni adalah untuk mengenali dengan lebih dekat apa itu cendawan tiram yang orang dok hebohkan tu. Perusahaan yang semakin meningkat naik. Dengar cerita pengusaha-pengusaha cendawan ni mampu meraih pendapatan yang mampu mencecah 5 angka sebulan!!! RM12345.00 <--contoh la ni. Hebat!!! Jadi, setakat tengok kat TV je membuatkan aku tak puas hati. Jadi untuk memuaskan hati, aku berhajat nak mengikuti kursus ni sebab nampak tak la macam susah nak diusahakan sebab mak, nenek, isteri, adik-beradik, awek dan kita dan sesiapa sahaja boleh buat. Apa yang diperlukan sebidang tanah dan bangsal.

Aku pun mula mencari-cari mana tempat yang ada buat kursus. Aku jumpa la kat Internet dan berjumpalah dengan website ni. Chini Agro Enterprise Yaaaa..aku tak perlu keluar dari Negeri Pahang dan menghabiskan duit untuk pergi kursus kat tempat lain. Yuran pendaftaran yang perlu aku bayar adalah sebanyak RM250.00 untuk 2 hari. Aku bandingkan dengan tempat lain yang luar dari Pahang ialah RM350.00. Walaupun berbeza Rm100.00 tapi dari segi ekonomiknya tersangatlah menjimatkan. Dah la pulak tu, dekat je dengan tempat tinggal aku kat Pekan ni. Perjalanan memakan masa kurang dari 1 jam je. Aku bayar deposit RM20.00 untuk menempah tempat. Aku sentiasa berhubung dengan penganjur kursus iaitu Abg Lan. Dia ni la pemilik Chini Agro Enterprise ni. Aku war-warkan la kepada rakan-rakan taulan yang berminat nak pergi jugak kursus ni. Ada orang nak pergi iaitu Abg Mat, suami kekanda Liza. Selain tu, kakak Abg Mat pun turut serta kurus ni :-) Hahaha, dah jadi ala-ala duta dan promoter Chini Agro la pulak aku ni. Tepat hari kursus aku pun bertolak la dari Pekan ni tumpang Abg Mat ke Chini. Sampai ke Chini pertama kali dan mencari-cari tempat kursus akhirnya berjumpa la jugak.


Sabtu, Julai 26, 2008

15 tahun tak jumpa...

Hari Isnin 21.07.08

Hari tu aku masuk kerja lewat sebab aku pergi ke KWSP untuk kemaskini aku punya maklumat akaun dan pergi jumpa kawan aku dan mintak dia tolong cop aku punya sijil-sijil sebab nak hantar kat MARA untuk buat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran aku dulu. Aku keluar rumah dan terus pergi ke KWSP Indera Mahkota. Setel semua, aku pun pergi ke bandar cari kedai fotostat. Aku pun tersinggah lak kat belakang Kuantan Center Point, nampak aku kedai fotostat. Aku pun perg la. Masuk kedai tu, aku nampak aweks2 dalam kedai tu ada 4 orang tengah bergelak ketawa. Budak-budak kerja kedai tu kot. Aku pun hulur la sijil-sijil aku untuk difotostat. Aku pun duduk je la dalam kedai tu sambil menunggu sijil aku tu siap difotostat. Ada sorang budak perempuan yang tengah beriya bergelak ketawa. Aku dengar budak-budak panggil dia Kak Siti. Mungkin dia ni tokey kedai ni kot, tak pun supervisor atau pun dia ni dah lama kerja kedai ni la. Aku dengar je la apa topik yang diaorang ni perbualkan. Bab rumah la, kucing la apa la. Ada la gak menda yang kelakarnya tu, aku senyum je la kan. Takkan la nak buat muka ketat pulak. Sekali tengah dok bergelak sakan tu, Kak Siti tu menegur, banyaknya fotostat sijil? Nak mintak kerja ke? Dia tanya aku ke atau tanya kawan-kawan dia?. Tapi, aku senyum je la sebab aku tak nampak la pulak dia nya sebab terlindung dek kawan-kawan dia tu. Tiba-tiba dia tegur aku.

Siti : Eh, awak dulu sekolah kat Maran ye? (Haaaa, baru aku nampak Siti ni bercakap dengan aku).
Aku : Ha ah, saya dulu memang sekolah kat Maran. Saya memang asal Maran pun.
Siti : Ye ke, jawab dia. Saya dulu sekolah kat sekolah rendah Maran tu sampai darjah 3
Aku : Aisehh, ye keeee???
Siti : Iyaaa. Awak kelas apa dulu ek? Mawar, Melor, Melati?
Aku : Saya dulu darjah satu sampai darjah tiga memang kelas Mawar
Siti : Iya keeee? Saya kelas Mawar jugakk..
Aku : Ishhh, yeke. Satu kelas la kita ek kalau macam tu. Tapi, serius saya memang tak cam langsung awak. Nama awak sapa ek?
Siti : Siti Nur..... (aku dah lupa daaa apa nama dia, huhuhu tp yg aku ingat Siti je la)
Aku : Oooo, tak ingat dah awak. Ye la, dah berapa belas tahun dah tu. Ok, siapa cikgu yang awak ingat? Cikgu Norhafizah ingat tak?
Siti : Yang saya ingat sangat CIkgu Zanariah
Aku : Yaaaaaaaaaa... Sungguuh memang tak syak lagi la tu kalau macam tu. Memang awak betul sangat la tu. Tapi, saya memang betul-betul dah tak ingat awak. Sori, la sangat-sangat. (Cikgu Zanariah, cikgu Matematik aku dulu. Memang dahsyat la kegarangan dia pada waktu tu. Aku dulu zaman sekolah rendah pergi sekolah pakai seluar pendek. Jadi, kalau ada benda aku buat silap macam kerja sekolah tak siap atau dia tanya aku tak boleh jawab, alamatnya peha aku jadi mangsa cubitan maut dia la. Sampai lebam hijau tu sioot.. Kalau tak cubit maut dia tu, kene tarik rambut sideburn. Huhhh, menakutkan. Tapi, kalau tak sebab dia buat macam tu, takde la aku terer Matematik zaman sekolah rendah dulu. Kalau tak dapat nombor 1,2 atau 3 memang bukan aku la tu. Markah peperiksaan atau ujian mesti A (80%-100%)
Siti : Ye la, saya pun dah lama tinggal Maran tu. Dulu mak saya berniaga kat Pasar Maran tu. Kemudian, pindah ke Kuantan semula waktu saya darjah 3.
Aku : Oooo, awak asal Kuantan ek?
Siti : Ha ah, saya asal Kuantan.
Aku : Oooo. Sapa lagi ek kawan-kawan kelas yang awak ingat lagi?
Siti : Alaa, sapa tu yang kuat menyanyi tu? Aaa, Rosmawati..
Aku : Aaaa, ya ya. (Sekali aku ingat-ingat balik Rosnadira daaaa) Sapa lagi yang awak ingat ek? Irmawati, Azrina, Nora Azmita, Wan Arif, Saiful Naim? Ramai lagi kot, saya sendiri dah lupa.
Siti : Aaaa, ya Irmawati. Yang lain-lain pun saya dah lupa dah awak. Ye la, sebab saya pun sampai darjah 3 je sekolah kat Maran tu.
Aku : Ye la. Diaorang semua tu pun tak tahu la kat mana sekarang ni. Dah lama sangat dah tak berjumpanya.
Siti : Ye la. Kalau saya tak tengok sijil awak ni takde la saya boleh jumpa balik dengan awak. (gelak)
Aku : Ha ah, betul la tu. (gelak la jugak)

Setelah beborak lebih-lebih kurang lagi baru la aku tau dia kerja cawangan kedai fotostat ni kat Kompleks Teruntum. Selama 2 tahun aku kerja PKNP tu tak pernah hayat aku jumpa Siti ni. Hahaha.. Mungkin pernah jumpa, berselisih tapi masing-masing tak ambik port. :-) Sekarang ni ditakdirkan la berjumpa setelah tak berjumpa selama 15 tahun!!!! (1993-2008) Harap-harap aku berjumpa la semula dengan kawan-kawan aku yang sekolah rendah Maran dulu terutamanya yang kelas Mawar (darjah 1 hingga darjah 4). Setelah habis fotostat aku pun bagi la contact number aku dan aku pun bergerak semula dengan agenda seterusnya untuk mengecop sijil aku ni. Sekali dapat surat cinta MPK daaaa. Terbang Rm5 sebab tak letak kupon letak kereta. Hampehhhh tul. Tapi, nilai RM5 takde maknanya kalau nak dibandingkan dengan nilai persahabatan dan ukhuwah silaturrahim sesama kawan-kawan :-)

Ahad, Julai 20, 2008

Pengakhiran hidup aku sebagai...

Melihatkan keadaan pada hari ni, aku semakin jauh terpinggir. Maksudnya? Aku telah semakin "terpinggir" dari rakan-rakan yang mana banyak masa aku habiskan bersama mereka dahulu kala. Kini, seorang demi seorang pergi meninggalkan aku seorang terkontang-kanting sedang mereka semua menuju ke suatu destinasi yang lebih beerti dalam hidup mereka berbanding aku yang menghabiskan masa berseorangan melayan perasaan.

Paksa, terpaksa, dipaksa, memaksa

Kehidupan seorang, seekor atau sebuah makhluk bernyawa dan tidak bernyawa tidak akan dapat lari dari keadaan paksa, terpaksa, dipaksa, memaksa. Adakah ianya sesuatu yang wajib kita rasai? Wajarkah kita merasai? Haruskah kita merasai? Perlukah kita merasai? Mestikah kita merasai? Apabila kita dipaksa untuk menyukai sesuatu yang kita tidak suka atau tidak berkenan? Apa yang patut kita lakukan? Adakah kita hanya perlu menerima dengan seadanya? Adakah kita perlu bersetuju dengan setiap keputusan yang telah ditetapkan untuk kita sedangkan kita terpaksa menerimanya? Apa perlu kita meluahkan dan menunjukkan secara terang-terangan tentang ketidaksetujuan tersebut?

Situasi, di mana kita perlu menyukai seseorang yang kita tidak tahu asal-usul dan latar belakangnya. Tanpa punyai masa yang cukup untuk kita mengenalinya, kita seolah-olah perlu menyegerakan hubungan yang menjurus ke arah sesuatu yang lebih kompleks. Apa perlu di samakan perhubungan datuk nenek moyang kita zaman dahulu kala, di mana semuanya hanya lebih kepada unsur-unsur "serah", "berserah", "diserah" atau "menyerah"? Adakah tiada pilihan yang boleh dibuat pada waktu itu?

Apabila zaman telah melewati zaman, putaran masa semakin pantas, bumi pun sudah semakin tua dan uzur, apa perlu kita masih dalam keadaan "paksa" dan "serah"?

Ahad, Julai 06, 2008

Panggilan Hangin+Hanget=Hanginget

Hari minggu aku telah dikejutkan oleh satu panggilan "hanginget" yang telah menyebabkan penggolekkan aku di atas katil selepas menonton Spongebob Squarepants diganggugugat dengan tak semena-menanya. Halo, Shah awk kat mana ni? User tak boleh nak print report kat Emergency ni.... Huhhhh.. gangguan2. Akhirnya, dengan rasa penuh tanggungjawab dan berdedikasinya aku sebagai pekerja yang bagus, aku telah memandu tenggiling besi aku dengan kelajuan sekitar 110-120 km/j untuk sampai ke hospital dengan segera. Background Process server buat hal la ni kot, kata-kata yang menyedapkan hati la ni. Rupa-rupanya betul. Setelah di restart server terbabit dan dijalankan semula services yang berkaitan dengan print tu, akhirnya berjayalah report tersebut diprint. Tahniah kepada otak dan akal kerana ingat apa yang patut dibuat, terima kasih kepada mata yang tak melihat sahaja apa yang patut dibuat, terima kasih tangan dan jari kerana tidak lupa untuk menulis apa yang dilihat dan apa yang patut dibuat.