RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Sabtu, Julai 26, 2008

15 tahun tak jumpa...

Hari Isnin 21.07.08

Hari tu aku masuk kerja lewat sebab aku pergi ke KWSP untuk kemaskini aku punya maklumat akaun dan pergi jumpa kawan aku dan mintak dia tolong cop aku punya sijil-sijil sebab nak hantar kat MARA untuk buat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran aku dulu. Aku keluar rumah dan terus pergi ke KWSP Indera Mahkota. Setel semua, aku pun pergi ke bandar cari kedai fotostat. Aku pun tersinggah lak kat belakang Kuantan Center Point, nampak aku kedai fotostat. Aku pun perg la. Masuk kedai tu, aku nampak aweks2 dalam kedai tu ada 4 orang tengah bergelak ketawa. Budak-budak kerja kedai tu kot. Aku pun hulur la sijil-sijil aku untuk difotostat. Aku pun duduk je la dalam kedai tu sambil menunggu sijil aku tu siap difotostat. Ada sorang budak perempuan yang tengah beriya bergelak ketawa. Aku dengar budak-budak panggil dia Kak Siti. Mungkin dia ni tokey kedai ni kot, tak pun supervisor atau pun dia ni dah lama kerja kedai ni la. Aku dengar je la apa topik yang diaorang ni perbualkan. Bab rumah la, kucing la apa la. Ada la gak menda yang kelakarnya tu, aku senyum je la kan. Takkan la nak buat muka ketat pulak. Sekali tengah dok bergelak sakan tu, Kak Siti tu menegur, banyaknya fotostat sijil? Nak mintak kerja ke? Dia tanya aku ke atau tanya kawan-kawan dia?. Tapi, aku senyum je la sebab aku tak nampak la pulak dia nya sebab terlindung dek kawan-kawan dia tu. Tiba-tiba dia tegur aku.

Siti : Eh, awak dulu sekolah kat Maran ye? (Haaaa, baru aku nampak Siti ni bercakap dengan aku).
Aku : Ha ah, saya dulu memang sekolah kat Maran. Saya memang asal Maran pun.
Siti : Ye ke, jawab dia. Saya dulu sekolah kat sekolah rendah Maran tu sampai darjah 3
Aku : Aisehh, ye keeee???
Siti : Iyaaa. Awak kelas apa dulu ek? Mawar, Melor, Melati?
Aku : Saya dulu darjah satu sampai darjah tiga memang kelas Mawar
Siti : Iya keeee? Saya kelas Mawar jugakk..
Aku : Ishhh, yeke. Satu kelas la kita ek kalau macam tu. Tapi, serius saya memang tak cam langsung awak. Nama awak sapa ek?
Siti : Siti Nur..... (aku dah lupa daaa apa nama dia, huhuhu tp yg aku ingat Siti je la)
Aku : Oooo, tak ingat dah awak. Ye la, dah berapa belas tahun dah tu. Ok, siapa cikgu yang awak ingat? Cikgu Norhafizah ingat tak?
Siti : Yang saya ingat sangat CIkgu Zanariah
Aku : Yaaaaaaaaaa... Sungguuh memang tak syak lagi la tu kalau macam tu. Memang awak betul sangat la tu. Tapi, saya memang betul-betul dah tak ingat awak. Sori, la sangat-sangat. (Cikgu Zanariah, cikgu Matematik aku dulu. Memang dahsyat la kegarangan dia pada waktu tu. Aku dulu zaman sekolah rendah pergi sekolah pakai seluar pendek. Jadi, kalau ada benda aku buat silap macam kerja sekolah tak siap atau dia tanya aku tak boleh jawab, alamatnya peha aku jadi mangsa cubitan maut dia la. Sampai lebam hijau tu sioot.. Kalau tak cubit maut dia tu, kene tarik rambut sideburn. Huhhh, menakutkan. Tapi, kalau tak sebab dia buat macam tu, takde la aku terer Matematik zaman sekolah rendah dulu. Kalau tak dapat nombor 1,2 atau 3 memang bukan aku la tu. Markah peperiksaan atau ujian mesti A (80%-100%)
Siti : Ye la, saya pun dah lama tinggal Maran tu. Dulu mak saya berniaga kat Pasar Maran tu. Kemudian, pindah ke Kuantan semula waktu saya darjah 3.
Aku : Oooo, awak asal Kuantan ek?
Siti : Ha ah, saya asal Kuantan.
Aku : Oooo. Sapa lagi ek kawan-kawan kelas yang awak ingat lagi?
Siti : Alaa, sapa tu yang kuat menyanyi tu? Aaa, Rosmawati..
Aku : Aaaa, ya ya. (Sekali aku ingat-ingat balik Rosnadira daaaa) Sapa lagi yang awak ingat ek? Irmawati, Azrina, Nora Azmita, Wan Arif, Saiful Naim? Ramai lagi kot, saya sendiri dah lupa.
Siti : Aaaa, ya Irmawati. Yang lain-lain pun saya dah lupa dah awak. Ye la, sebab saya pun sampai darjah 3 je sekolah kat Maran tu.
Aku : Ye la. Diaorang semua tu pun tak tahu la kat mana sekarang ni. Dah lama sangat dah tak berjumpanya.
Siti : Ye la. Kalau saya tak tengok sijil awak ni takde la saya boleh jumpa balik dengan awak. (gelak)
Aku : Ha ah, betul la tu. (gelak la jugak)

Setelah beborak lebih-lebih kurang lagi baru la aku tau dia kerja cawangan kedai fotostat ni kat Kompleks Teruntum. Selama 2 tahun aku kerja PKNP tu tak pernah hayat aku jumpa Siti ni. Hahaha.. Mungkin pernah jumpa, berselisih tapi masing-masing tak ambik port. :-) Sekarang ni ditakdirkan la berjumpa setelah tak berjumpa selama 15 tahun!!!! (1993-2008) Harap-harap aku berjumpa la semula dengan kawan-kawan aku yang sekolah rendah Maran dulu terutamanya yang kelas Mawar (darjah 1 hingga darjah 4). Setelah habis fotostat aku pun bagi la contact number aku dan aku pun bergerak semula dengan agenda seterusnya untuk mengecop sijil aku ni. Sekali dapat surat cinta MPK daaaa. Terbang Rm5 sebab tak letak kupon letak kereta. Hampehhhh tul. Tapi, nilai RM5 takde maknanya kalau nak dibandingkan dengan nilai persahabatan dan ukhuwah silaturrahim sesama kawan-kawan :-)

2 ulasan:

asriey berkata...

meh sini aku nak mengulas sket. lepas aku baca transkrip ni, aku dapat buat beberapa kesimpulan mudah.
1-mesti siti ni tak cun sangat. aku rasa badan dia mesti besar2 sket, bukan taste hang la kiranya.
2-hang bukan org yg special sangat, sbb walaupun sekelas, tp dia tak kenal hang. hahahahahah walaupun konon dapat no 1 sokmo dalam kelas, org tak kenal takdak guna beb. hahahahah
3-dah la tak femes, ingatkan kat hujung tu, ada la siti tu belanja fotostat hang tu, tp sbb tak dak mention, so aku andaikn hang kena bayar la kos fotostat tu. hahahahah
jangan marah...

imshahmemyselfandi berkata...

siti tu cun syeikh. hang tu ar. dont judge a book by its cover. bersopan santun dan lemah budi bahasanya. wakakaka, kalau kedai dia mau dah dia bagi free saja ja fotostat tu. silap2 dia offer aku jadi pakwe dia lagi kot. wohohoho :-D