RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Jumaat, Oktober 07, 2011

Isteri Yang Bakal Menjadi Penghuni Neraka



Oleh : Ustaz Azhar Idrus

-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kpd suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
-Tidak menghormati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain

Telah diriwayatkan dari Ibnu Abbas satu hadith marfu bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wa salam bersabda :
“ Aku melihat neraka dan sama sekali belum pernah melihat pemandangan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakkan penghuninya adalah para wanita “. Para sahabat bertanya : “ Mengapa wahai Rasulullah ? Baginda menjawab :“ Kerana kekufuran mereka “. Baginda ditanya, “Apakah mereka kufur terhadapAllah ? “. Baginda bersabda “ Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikkan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata : “ Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu. “Semoga kita semua dijauhkan oleh Allah daripada bersifat dgn sifat yg akan membinasakan kita didalam neraka Allah…