Hari ni aku menghitung hari, bila agaknya kantung aku ni nak berisi kembali. Tunggu dan terus menunggu. Ibarat menunggu dan mengharapkan padi tiba-tiba menjadi nasik. Tak payah tunggu beras. Mana boleh mangkuk! Padi kene la jadi beras dulu. Lepas tu dah jadi beras, baru la boleh tanak jadi nasik. Dari padi jadi beras, beras nak jadi nasik, semua tu memerlukan usaha, sebelum perut jadi kenyang. Ya, berusaha, berusahalah!!! Aku dah berusaha keras mencari kerja lain setelah aku rasa kerja kat sini semakin hari, semakin meloyakan tekak aku, menyampah, meluat, boring semua dah ada. Kang tak pasal-pasal aku muntah macam Kak Faridah, opis mate aku. Dah sampai datang opis muntah, hahhh, lu pikir la sendiri. Betapa meloyakan sungguh keadaan disini, ditambah pula dengan permasalahan tahap negara yang sedang dihadapi ni. Disebabkan permasalahan negara tu la, aku kembali aktif berblog. Ye, aku nak mengekspresikan apa yang aku rasa sekarang nih.
- tertekan
- marah
- menyampah
- meluat
- nak muntah
- benci
- nak blah
- nak cari kerja lain
- gitu gini
- blablabla
Semua benda ada, kalau aku ada duit simpanan yang banyak yang boleh menampung hidup aku sekurang-kurangnya sehingga aku berkahwin, tak hengen aku kerja kat sini. Buat serabut kepala otak aku jek. Tapi, dah rezeki aku kat sini aku kene bersyukur dengan apa yang ada. Sekurang-kurangnya aku masih ada kerja. Tengok belakang aku, bawah aku, hhmmmmm, aku masih lagi berganda-ganda bernasib baik berbanding orang lain yang langsung tak de kerja dan mungkin tak berkemampuan untuk berkerja. Syukur Alhamdulillah. Tapi, untuk meneruskan kelangsungan hidup di alam fatamorgana ni, aku perlu keperluan asas untuk hidup. Aku juga perlu untuk melunaskan tuntutan kehidupan atas dunia nih. Duit adalah keperluan asas. Asyik-asyik duit. Duit, duit, duit. Aku kekadang boring gak nak bercerita bab duit ni. Sebab aku dok membebel ni pasal tak dapat lagi gaji... Argggggggggggggggghhhh!!!! Nak maki hamun pun tak guna gak. Kalau aku memaki hamun, tiba-tiba akaun aku dan poket aku penuh jek tahan la gak. Boleh aku maki hamun perkara-perkara yang berkaitan dengan sesedap rasa, sebab tahap maki hamun aku pun boleh dikira tahap berisiko tinggi gak la untuk bergaduh.
Sedang kepala aku senak memikirkan tentang gaji ni, tiba-tiba aku tengok kat henpon aku, ayah aku telefon.
Telefon, telefon berbunyi... Telefon kami datang
Telefon, telefon berbunyi... Apa kes papa tepon aku, apa kes papa tepon aku di sana...
Blablabla, gitu gini, rumah, rumah mummy, blablabla, tinggal sebijik je lagi, kalau ada rezeki ada la rumah tu, blablabla, majlis daerah dah bagi surat merah, kene kosongkan rumah. gitu gini blablabla... Ooo camtu.. Hmmm, aku pun termenung... dan terus termenung... Mendengar dengan teliti setiap apa yang ayah aku cakap. Aku dah faham maksud dan tujuan dia telefon aku... Ye pa, ok2, Insya ALLAH takde hal la tu pa... Ok2, kata aku dengan jelas. TUttttttt.... Aku terus tersandar kat tepi katil. Termenung sejenak dan terus berfikir. Adakah ini semua dugaan untuk aku? Adakah ini semua ujian untuk aku? Ujian kesabaran? Ujian mental? Ujian ketabahan? Semua mende ni datang masa yang serentak. Mereka semua ni memerlukan pertolongan aku dan aku mesti tolong mereka-mereka ni. Adik aku mintak tolong dengan aku, nak pinjam duit aku untuk bayar duit deposit rumah yang dia baru nak sewa dengan suami dan anak dia. Dia adik aku, darah daging aku. Susah dia, susah aku jugak. Yang paling penting sekali, jasa dia terlalu besar dalam merealisasikan majlis pertunangan aku hari tu. Dia la mastermind disebalik semuanya. Abis tu, dia mintak tolong dengan aku takkan aku nak diamkan je.. Lagipun dia baru je dapat kerja, suami dia pun masih berusaha keras untuk mencari pekerjaan yang lebih baik sedang pekerjaan dia sekarang ni hanya cukup-cukup untuk menampung mereka tiga beranak sahaja. Jangan weh, aku sayang anak sedara aku. Aku nak dia duduk dalam persekitan yang selesa, baik, bagus dan membesar jadi budak yang baik dan seorang yang berjaya. Jadi, jawapan aku kepada adik aku, takpe-takpe kamu jangan risau la.. Saya tolong la kamu mana yang saya mampu. Nanti kamu cakap la berapa-berapa kamu nak pakai. Ya, tu jawapan aku untuk dia.
Kemudian, dalam kes ayah aku ni pulak, lebih kurang begitu jugak. Dia pun memerlukan pertolongan aku dalam masa terdekat ni. Bila dia tanya aku, kamu boleh tolong tak along? Mulut aku tak sanggup untuk mengatakan, tengok la dulu pa atau tak boleh la pa. Automatis, ye2 pa, boleh, tak de ha la tu. Dia tu ayah aku. Orang yang membesarkan aku dari saiz tapak kaki aku sebesar 2 jari tangan dia. Orang yang bertanggungjawab menjaga makan pakai aku sehinggalah saiz tapak kaki aku sekarang ni saiz 7. Rumah tempat aku membesar tu bakal bermasalah kalau aku tak menolong ayah aku tu. 21 tahun aku duduk dan membesar disitu, takkan aku nak tengok macam tu je. Sesuatu perlu aku lakukan. Dengan "sisa-sisa" yang masih tinggal pada aku sekarang ni, aku mesti mengorbankan sesuatu untuk menyelamatkan semua orang yang memerlukan pertolongan aku. Hmm, yaaaa...aku perlu melakukan HARAKIRI atau "membunuh diri" aku untuk menyelamatkan situasi adik dan ayah aku sekarang ni.
Mungkin bunyi agak tragik, tapi itu lah yang perlu aku lakukan sekarang. Aku dah tidak ada cara lain. Kerana melalui pemerhatian aku, hanya ini sahaja jalan untuk aku menolong adik dan ayah aku. Dalam keadaan yang terdesak macam ni, dengan sedikit sisa-sisa yang ada maka aku akan meng"kamikazekan" diri aku..!!!
Itu la kemampuan terakhir yang aku ada. Dan akhir sekali.....
Segala yang berada di langit dan bumi ini adalah kepunyaan dan milik kekal dan abadi ALLAH S.W.T. DIA lah Yang MAHA Mengetahui atas segala apa yang ada dan terjadi di langit dan di bumi. Semuanya di bawah KekuasaanNYA. Jadi, berserahlah kepada kerana DIA lebih MAHA Mengetahui kenapa dan mengapa ujian ini diturunkan kepada aku. Yang pasti, ianya untuk menyedarkan aku supaya sentiasa ingatkan DIA selalu. Jadi, senjata dan strategi aku terakhir adalah berdoa kepada DIA. DIA lah MAHA Pemilik Segala yang ada di atas dunia ni. Kalau aku kerja bagai nak gila sekali pun tapi kalo DIA takdirkan rezeki aku hanya setakat itu sahaja, maka setakat itu sahajalah rezeki aku. Tapi, adalah tidak salah sama sekali untuk aku memohon dan berdoa, meminta kepada DIA. Dalam sembahyang aku tak putus berdoa. Berdoa dan terus berdoa, orang cakap waktu sujud adalah waktu yang kita paling hampir dengan ALLAH S.W.T
D- Doa
U- Usaha
I- Ikhitiar
T- Tawakal
Aku akan terus berdoa, aku akan terus berusaha, aku akan terus berikhtiar, dan seterusnya bertawakal kepada ALLAH S.W.T kerana aku sangat percayakan bahawa setiap doa-doa kita ALLAH akan dengar dan akan makbulkan apabila DIA kehendakiNYA. Yaa, sejarah2 aku terdahulu telah membuktikannya. MAHA Suci ALLAH. Untuk kali ni, aku harap ALLAH S.W.T berilah aku kesabaran, kemampuan, keupayaan untuk menghadap segala macam ujian ni. Sememangnya ini ujian untuk aku, dalam usaha dan ikhtiar aku untuk memasuki ke alam berumah tangga ni yang penuh dengan pancaroba. Yang pastinya bukan lagi Alam Ria cuti sekolah atau zaman PanchaSitara. Aku tak tahu lah macamane pulak dengan hari-hari yang bakal mendatang. Adakah ianya sama seperti hari ini? Adakah ianya lebih teruk dari hari ini? Atau adakah ianya lebih baik lagi? Hmm, yaaaa... sama-samalah kita saksinya pada episod yang akan datang!!! Semoga planet bumi selamat dari ancaman Alien Baltan. YA ALLAH YA TuhanKU, berilah aku kekuatan, petunjuk dan hidayahMU dalam aku menghadapi segala macam bentuk ujian dan dugaanMU ini.
Bulan Ramadhan 2023
-
Assalamualaikum semua.
Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam
10 hari Ramadhan terakhir.
Selalunya En.Somi aku 10 h...
Setahun yang lalu
1 ulasan:
INNA MAAL 'USRI YUSRA...
hidup ini memang banyak dugaan...
kesabaran saja mampu memandu ke arah jalan yang ingin dituju...
semoga anda lebih cekal, lebih kuat kerana kekuatan anda mungkin dapat membantu insan2 yang terdekat dengan anda...
Catat Ulasan