29 Julai 2009
Hari ni aku pergi ke Xcellink kat Damansara untuk menyelesaikan urusan aku seperti yang telah dijanjikan. Aku ke sana untuk mengambil offer letter aku. Yep, aku dah dapat kerja kat tempat baru iaitu di Xcellink Sdn Bhd. Secara automatisnya juga, aku adalah sebahagian dari warga kerja HP. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi. Dalam masa dan keadaan yang tak disangka-sangka aku dapat kerja di satu syarikat yang aku tak perlu memikirkan sangat soal gaji. Ya! Gaji.. Pada waktu aku dapat kerja baru ni pun, aku masih lagi berhadapan dengan gaji bulan ni yang bermasalah lagi untuk kali keempatnya. 8 bulan aku di syarikat sekarang ni, 4 kali dah aku berdepan masalah gaji. Aku tak tau la macamana agaknya diorg ada kat sini menguruskan syarikat beserta kewangannya. Walaupun aku dah boleh menarik nafas lega sebab aku dah dapat kerja di tempat lain, tapi saat terakhir aku berada di sini sedikit sebanyak menambahkan lagi peratusan menyampah dan meluatnya aku melihatkan bagaimana gagalnya syarikat ni diuruskan dengan baik.
Sayang bagi sebuah syarikat bumiputera yang pada satu masa dahulu antara pioneer Internet e-Business kat Malaysia, gah namanya, bangga bila menjadi warga kerjanya, sekarang menjadi sebuah syarikat yang semakin lama semakin dirudum ketidaktentuan dan makin diselaputi berbagai "sampah sarap" yang orang di luar sana mungkin tahu dan mungkin tak tahu. Secara jujurnya bagi aku, persekitaran kerja kat sini, dari segi perhubungan antara staf, boleh di katakan baik, rapat. Kira macam family la. Tapi, dari segi perjalanan kerja (working environment), tak boleh nak dinafikan, bermasalah sebenarnya. Malas la aku nak cerita kat sini. Sapa2 dia yang kerja kat sini memang tau la. Tapi, aku sangat berterima kasih dan syukur sebab aku boleh bekerja kat sini. Sebabnya, kat sini la aku dapat balik membangunkan dan mengasah balik kemahiran aku dengan Linux. Server yang dibawah naungan aku semuanya Linux. Memandangkan kerja aku di HP nanti banyak membabitkan Unix, jadi, secara tak langsung asas Linux dan Unix yang ada persamaan menyebabkan faktor sumbangan kepada berjayanya aku menapak ke tempat kerja baru. So, dalam kehampesan ada jugak kebaikan di dalamnya. Aku tak nak menafikan kebaikan dan faedah yang aku dapat kat sini walaupun aku jiwa aku diselaputi rasa marah dan sebagainya. Apa yang pasti aku tak tahu sejauh mana mereka-mereka yang berada di dalam ni mampu bertahan. Mungkin ada yang akan mengikut jejak langkah aku selepas ini, atau mungkin mereka ada misi lain. Hmmm, sendiri mau ingat la ek. Dan sejauh mana mereka yang mempunyai kepentingan dalam syarikat ni nak mentadbirurus turun naiknya, sama-sama la kita saksikannya pada episod yang akan datang. Mungkin jugak akan berlaku perubahan sedikit demi sedikit sama ada secara positif atau negatif, drastik atau pun terus bungkus. Heh, segalanya boleh berlaku tanpa di duga. Segah entiti seperti Lehman Brothers dan General Motors pun boleh declare bankrupsi, inikan pulak setakat syarikat tempatan macam ni. Ni bukan aku nak mengata ke ape ke sebab kerana mentang-mentang aku dapat kerja tempat lain. Tidak, tapi kerana aku merasa kesian sebab kalaulah ianya diuruskan betul-betul, oleh orang yang betul, betul-betul layak, di tempat yang betul, Insya ALLAH tidak mustahil untuk menjadi syarikat yang terbaik sekurang-kurangnya dalam Malaysia ni. Aku cuma mengharapkan Tuhan tu menurunkan hidayahNYA agar sesuatu keajaiban yang positif akan berlaku.
Apa-apa pun, setiap yang datang akan bakal pergi. Begitu jugak dengan aku. Aku datang ke sini untuk berkerja, berkhidmat, mencari rezeki, menyumbang tenaga dan kederat, sampai masa aku akan pergi jugak, secara sukarela atau secara terpaksa. Aku pergi untuk mencari sesuatu yang lebih baik dan menjamin kestabilan hidup aku. Walaupun aku berdepan dengan risiko, keluar kandang rimau, masuk kandang buaya, dan jugak ala-ala pejuanga kamikaze yang sanggup mengorbankan nyawanya, ini adalah keputusan yang aku buat. Pahit manis yang aku hadap nanti aku terpaksa dan mesti terima sebab ni adalah keputusan aku. Jadi, segala-segalanya aku berserah kepada ALLAH S.W.T dan mengharapkan keputusan yang aku buat ni adalah yang terbaik untuk aku.
Bulan Ramadhan 2023
-
Assalamualaikum semua.
Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam
10 hari Ramadhan terakhir.
Selalunya En.Somi aku 10 h...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan