RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Sabtu, Jun 20, 2009

Aku, teknologi dan kerabakkan

3.09 pagi
20 Jun 2009

Sedang melayari laman sesawang sambil melayan lagu Iklim - Patah Tumbuh Hilang Berganti. Ahaks... Di tambah pula kesejukkan selepas hujan. Hmm, mata aku tak boleh nak lelap lagi. Di samping mengVpn ke opis melihat apa-apa kerja yang tersangkut. Banyak, memang banyak. Aku dah dekat seminggu tak datang kerja. Hanya bekerja dari rumah jek. Sebabnya? Ya, sebabnya aku tak berkemampuan nak pergi ke tempat yang memerlukan aku mengeluarkan duit. Gaji aku dah sebulan tersangkut tak dibayar. Duit simpanan aku dah semakin susut dek kerana semata-mata aku nak cover duit kereta, sewa rumah, mesin basuh, belanja itu ini. Apa kejadah aku simpan duit, duit simpanan, aku nak perabih pulak kan??? Tak nama la duit simpanan. Tu namanya perabihkan duit. Aku tak faham apa sebab gaji aku dan semua orang kat opis ni tak dapat. Aku diberitahu sebabnya adalah kerana EPU (Unit Perancang Ekonomi) tiada peruntukkan untuk bayar. Huhhh, alasan. Sebagai majikan syarikat aku sepatutnya ada pelbagai pelan bertindak untuk menangani situasi macam ni. Bukan dengan hanya memberi jawapan kurang bijak atau dalam bahasa kasarnya bodoh. Kedudukan kewangan syarikat bukan skop kerja yang perlu dicover oleh pekerja, ianya adalah orang-orang yang berkaitan dengan kewangan. Adakah seorang kerani perlu mengetahui cara bagaimana mengendalikan akaun syarikat? Tidak sama sekali. Dia buat kerja dia sahaja la. Tak perlu nak menyibuk ambil tahu dan buat kerja yang tidak berkenaan dengan dia. Begitu jugak dengan aku. Aku tak nak amik tahu semua tu. Yang aku tahu, aku buat kerja yang diberi pada aku, cukup bulan gaji aku masuk.

Tapi, ini lain cerita la pulak. Kali ni aku betul-betul teruji. Dan kali ni jugak la dalam sejarah kerjaya aku selama 7 tahun kebelakangan ni aku buat perangai. Dalam sejarah, aku tak datang kerja. 5 Hari berkerja, Isnin hingga Jumaat, aku hanya datang pada hari Rabu sahaja. Hari lain semua aku tak datang. Datang hari Rabu tu pun semata-mata nak tolong menyelesaikan masalah. Kalau tidak memang terus aku tak datang kerja selama 5 hari berturut-turut. Ini semua gara-gara gaji aku yang masih tidak berbayar. Bukan aku sorang sahaja yang mengalami nasib yang sama. Tapi, semua staf mengalami nasib yang sama. Jangan disebut bab gaji dan duit masa ni. Ianya satu perkara yang cukup-cukup sensitif. Kalau rasa nak berbekas muka tu kene penampar silalah bising-bising pasal gaji ke duit ke atau yang seangkatan dengannya. Semua orang mengalami nasib yang sama iaitu pokai, rabak, takde duit, kurang duit, miss soru, lari bajet dan sebagainya yang sama maksud. Selepas aku bertunang hari tu, duit aku berterusan berkurang. Tapi, bukan disebabkan aku bertunang duit aku berkurang. Tapi, sebab gaji aku tak dapat lagi untuk cover segala macam perbelanjaan aku yang sepatutnya aku belanjakan. Mana taknya, tiap-tiap bulan RM1000++ mesti aku belanjakan untuk cover semua yang patut. Kereta, sewa rumah, makan minum, mesin basuh, belanja aku sendiri. Kalau takde simpanan dah lama aku makan megi jek hari-hari. Apa punya nasib daaaaa. Tapi, aku anggap ni cabaran untuk aku. Dugaan untuk menguji kesabaran dan ketahanan aku menahan cabaran macam ni. Ni baru bujang, kalau dah kahwin, berkeluarga, macamana aku nak handle situasi macam ni. Jadi, ni la lapang sasar aku.

Tapi, secara jujurnya kesabaran aku dicabar ketika ni. Selama aku kerja kat sini, dah TIGA (3) kali gaji aku tersangkut. Dulu waktu mula-mula masuk kerja dah lambat seminggu. Itu pun dah buat aku rasa goyang dan secara tak langsung mengiyakan segala sok-sek x2 kawan-kawan aku sebelum ni. Kemudian, berlaku lagi kes gaji lambat masuk, aku masih lagi bersabar. Sekali lagi duit simpanan aku menjadi taruhan dan mangsa. Kemudian, yang terbaru ni. Gaji aku lewat masuk, bukan seminggu lagi dah, TAPI SEBULAN DAH GAJI AKU TAK MASUK!!! Apa semua nih. Aku berkerja dengan company apa ni? Aku rasa orang kerja dekat kedai mamak tu, jadi tukang masak ke, buat roti canai ke, tukang buat air ke tepat masa, masuk la gaji diorang. Tapi aku??? Bekerja dengan, kalau orang putih kata, the "so called" big company boleh terlewat gaji sampai sebulan. Kalau "so called" big company, tak jadi la macam sekarang ni. Sepatutnya company ada berbagai persediaan jangkaan untuk menghadapi situasi seperti ini. Bukan setakat suruh staf bersabar dan menunggu dengan penuh harapan. Orang ada perut nak diisi. Mana yang ada anak isteri, yang nak tanggung keluarga, adik-adik, macamana? Nak bagi diorang makan apa kalau gaji tak masuk? Nak bagi makan pasir? Kertas surat khabar? Tisu? Cakap senang la. Itu masalah orang lain la.

Masalah aku pulak adalah persediaan aku untuk masuk ke alam rumah tangga. Yaa, dalam erti kata lain aku dah nak memasuki alam perkahwinan. Yaaa, ini bukan mimpi. Bukan cobaan. Tapi ini realitinya. Aku nak berkahwin dan aku perlukan duit untuk persediaan kahwin aku. Aku perlu simpanan yang mencukupi. Tapiiii, kalau dah gaji aku tersangkut, apa kejadah apa aku nak menyimpan?? Nak simpan apa? Air liur? Angin? Hishhh, hangin betul la aku. Bila kena macam ni aku mula memberontak. 15hb Jun 2009, bukak beg duit tengok ada RM39.00. Apaaaaaa!!!! Ni je tinggal dalam beg duit aku??? Aku kira-kira balik, RM39.00 untuk perbelanjaan aku selama 2 minggu sehingga jangkaan gaji masuk 22hb atau 27hb. Gila ke hapeeee???? Ape kajadahnya ni semua??? Aku mula tekad untuk tidak masuk ke opis. Apa nak jadi, jadi la. Aku dah tak peduli dah. Duit tol, duit minyak kereta, duit makan pagi dan tengahari aku sapa nak bayar kalau aku hanya Rm39.00 dalam poket aku??? Pulak tu aku kene bertahan hampir 2 minggu dengan amaun sebanyak tu. Jadi, aku amik keputusan untuk buat kerja dirumah sahaja. Terima kasih kepada kecanggihan teknologi yang ada iaitu berokbeng. Walaupun kadang-kadang aksesnya sangat menyakitkan hati, tapi membantu la dalam melancarkan kerja-kerja aku masuk ke opis melalui VPN. Takde beza aku pergi ke opis atau tidak sebab kerja aku banyak melibatkan akses ke server dan sebagainya melalui network. Remote desktop, SSH, jadi aku tak perlu akses ke server secara fizikal, melainkan kalau server tu hang ke apa. Semua tu boleh buat online. Selagi aku boleh VPN ke network opis, selagi tu la aku boleh buat kerja. Jadi, aku berkira-kirab balik, dengan kekangan kewangan aku dan kemudahan yang ada pada aku ni, aku rasa baik aku buat kerja kat rumah je la.

Jadi, akhirnya duduk la aku buat kerja dari rumah selamat 4 hari pada minggu ni. Tolak hari Rabu jek la aku pegi ke opis sebab terpaksa, Kalau tidak cukup la 5 hari berturut-turut aku tak datang ke opis berkerja. Apa nak jadi, jadi la. Aku dah malas nak amik port. Berserah pada Tuhan je la, rezeki DIA Maha Luas. Bukan kat sini jek.

Tiada ulasan: