
Terpampang gambar encik tengkorak yang menggigit pedang. Hahaha... Encik tengkorak cakap F*** Government & F@5$ KFC (bunuh banyak ayam) PAK LAH PENCEN JE LAH !!! Marah betul nampak gayanya encik tengkorak ni. Hehehe. Sabar encik tengkorak. Kot ye pun nak marah jangan la sampai nak digodam laman PMO tu. Kalau nak godam sangat, godam la laman Kerajaan Israel tu. Baru la berjihad sikit. Hehehe, gurau je (jangan la digodamnya blog aku ni dah la ;-) ) Sampai ayam pun jadi femes masuk dalam Internet. Walau apa pun, itu la dia suara-suara rakyat yang menunjukkan kuasanya. Baru sikit baru tu. Itu menunjukkan rakyat lebih berkuasa dari kerajaan. Kalau encik tengkorak tu panggil habis semua kawan-kawan dia bersatu tenaga bergabung, aku rasa lagi teruk jadinya tu. Mereka yang pakar cakap ni baru buat cross-site scripting (CSS) Mereka mampu untuk membuat perkara yang lebih teruk tapi itu sudah cukup memberi "tanda" kepada mereka yang bertanggungjawab dan yang berkenaan. Kalau tiada tindakan yang sewajarnya diambil, tidak mustahil golongan-golongan macam encik tengkorak ni akan lebih ramai timbul selepas ini. Ini kerana rakyat kekurangan dan mungkin tiada saluran untuk menyalurkan rasa tidak puas hati mereka. Jadi, kemungkinan serangan menggunakan kecanggihan teknologi maklumat akan jadi lebih menggila selepas ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan