RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Khamis, Jun 05, 2008

Berita gila gila berita, naik minyak berita gila naik

Berita gila!!!

Minyak naik?? Aku mendapat cerita dari kawan aku. Ketinggalan dah rupanya aku. Terus aku tengok di Bharian.com.my bahagian berita mutakhir. ya betul... sebelum pukul 12.30 tengah malam, isi la minyak penuh sebelum ianya naik ke harga baru. Aku pun jalan la keluar pergi mencari stesen minyak. Mmg dalam kepala ni dah terfikir, memang soheh beratur tak ingat dunia punya lama dan panjang ni karang. Betull!!! Panjang tak ingat. Semua stesen minyak kat bandar pekan ni penuh. BHP yang tak berapa nak ramai tu pun tiba-tiba mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Kira-kira tokeynya boleh tidur atas duit la sekejap malam ni. Hahaha. Aku pun jalan la mencari stesen minyak lain. Semua penuh!!! Dengan penuh harapan Kuantan yang banyak stesen minyak tak dak masalah, aku pun balik la ke Kuantan. Dalam kepala mana nak dicari stesen yang tak berapa ramai orang. Pikir punya pikir, rasa macam kat Gambang ok je. Aku pun tanpa melenguhkan kaki menekan minyak dan klac bergerak ke arah Gambang. Sepanjang jalan tu, segala jenis kenderaan dok bersidai tepi jalan. Dalam hati, harap-harap Gambang tak berapa sesak. Sampai ke Gambang aku tengok Petronas tu tak berapa ramai la keretanya. Tak la macam di Pekan dengan Kuantan tadi. Mula-mula ingat nak isi kat Petronas je tapi Esso ada lagi kat depan nun. Aku pun pegi ke arah Esso dekat dgn UMP tu. Yaaa!!!!, kereta tak ramai!!.. Aku beratur la dengan penuh kesopanannya tanpa perlu memotong barisan sampai la giliran aku isi minyak. Alang-alang isi biar penuh terus. Terus terbang RM70.00... Janji tak kena cekik pukul 12.30 tengah malam karang. Selamat mengisi minyak, aku pun bergerak la balik ke Pekan semula dengan hati yang tenang. Harap-harap dapat bertahan lama minyak kereta aku ni sebelum aku mula mengeluarkan duit untuk mengkayakan kerajaan yang penuh dengan rasa ketidakperihatinan yang tinggi ni.

Tiada ulasan: