RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Jumaat, Jun 27, 2008

Rabak!!!

Hari ni lepas aku balik kerja terus aku bersiap-siap nak pergi Kuantan. Gaji dah masuk!!! Wuhuuuuu... Bolleh tahan la gak amaunnya, bagi aku la kan. Syukur Alhamdulillah lah kalau nak dibandingkan dengan gaji aku keje dulu (auwwww, sesiapa yang terbaca jangan marah yiuuuu, ahakss ;-p) Hehehe, best2. Aku check kat Maybank2u tengok-tengok dah masuk. Jadi, apalagas? Joliiii!! Wohooo, rilek2. Mana boleh joli moli ni beb. Kalau ikut nak joli dah lama aku angkat kamera DSLR Nikon D60 yang tengah ada promosi sekarang ni... Dan tak lupa jugak antara material terpenting dalam kehidupan seharian aku iaitu notebook HP Compaq 6520s...

Tak pun tukar rim sukan kereta aku beserta tayar yg separa besar 195/70/14 ataupun angkat PDA Dopod 810...
ataupun kasi angkat BlackBerry 8820 satu kali...Kalau gatal tangan nak menghabiskan duit lak, angkat pulak Sony PSP2 untuk mengisi masa-masa terluang.

Huhhhhh, gilor betul ar. Syukur Alhamdulillah, memang nak ikutkan sekarang ni semua di atas ni memang la di dalam lingkaran sempadan yang mampu aku beli la. Akan tetapi, kalau aku beli haaahh alamatnya rabak la lepas tu. Bajet bukan lari setakat lari-lari anak atau lari-lari setempat lagi dah ni, terus lari pecut 100m. Dah la pulak tu terbabas lak masuk dalam semak samun lepas tu melepek tak boleh nak bangun. Itu bermakna aku akan menghanguskan duit simpanan aku yang baru nak membiak tu. Hohohoh, jangan weh. Godaan-godaan duniawi semua ni. Lain la kalau nampak ada lebihan sikit mungkin la boleh dipertimbangkan.

Jadi, berbalik kepada cerita aku pergi Kuantan. Aku pergi Kuantan dengan misi untuk menghabiskan duit iaitu membayar segala hutang piutang aku. Sebelum aku melaksanakan misi aku tu, RM1300.00 akan dijangka hangus untuk melunaskan apa yang sepatutnya dibayar. Pi ATM kasi tarik keluar RM1300.00 (pejam mata je la ni, nak buat macamane) dan bersedialah untuk menghabiskan duit. Sampai Kuantan, tempat pertama yang dituju adalah Bank Rakyat. Sesi menghanguskan duit peringkat pertama berlangsung dengan jayanya, RM525.00 untuk tenggiling besi aku ni. Kemudian, diikuti dengan MARA penghangusan yang berlaku adalah Rm500.00. Dan seterusnya adalah AEON Kredit yang menghanguskan duit aku sebanyak RM81.00 setiap hujung bulan dan akhir sekali penghangusan tersebut berlaku di tempat aku berteduh dari hujan dan panas serta perlindungan dari nyamuk yang keji yang berjumlah Rm120.00 tunai. Jumlah penghangusan yang telah berlaku pada hari ni, pada masa tidak sampai 2 jam adalah sebanyak RM1226.00. Jadi, RM1300 - RM1226 = Rm74.00. Jadi, tu je la baki yang tinggal pada aku. Amacam, menarikkan?

Tiada ulasan: