RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Selasa, Jun 24, 2008

Hidup yang tak serupa hidup

24 Jun 2008 3.45 pagi

Orang semua masa-masa macam ni sedang enak dibuai mimpi-mimpi indah. Ada yang mimpi best ada mimpi yang tak best. Tapi aku lak nak mimpi mende? Mimpi la lu nak tidur. Aku dah tak boleh melelapkan mata. Sebab biji mata aku ni dah hampir dua minggu dilatih untuk berjaga masa-masa macam ni. Orang dok sedap tidur, aku lak bersengkang mata bekerja. Macam kerja kilang la pulak. Apa ar... Pulak tu kalau ada keje nak buat takpe la gak ni dok tercongok macam batang kayu. Kalau macam ni gaya tak payah kerja pun takpe. Taknya luak kalau aku tak dapat RM30-Rm40 hengget tu kalau nak dibandingkan dengan kenikmatan kehidupan atas berlandaskan norma-norma kehidupan manusia yang normal. Hidup dan kesihatan aku lagi penting berbanding harta benda. Cuba bayangkan, anda berjaga kemudian apabila mata anda dah lali maka anda akan ikut serta dengan penetapam seperti itu. Malam mata akan cerah je seumpama siang hari dan bila menjelang lak pagi dan siang maka, bebola mata telah mula menunjukkan tanda-tanda nak mengecil dan seterusnya memaksa ianya tertutup dan terbuka. Macam bonet kereta yang tak tutup yang lalu permukaan jalan yang rata atau berbonggol-bonggoooo (sebut macam Pak Aziz Sattar ye). Sekali dia tutup kang, jawabnya nak buka balik payah la. Jadi, kalau memandu masa ni amat-amatlah ditegah sama sekali samada dari segi undeng-undeng buatan manusia ataupun hukum agama. Ye la, kalau dah bawak kereta pun macam orang mabuk, kiri kanan,dah la tu membahayakan nyawa sendiri dan orang lain lak tu bukan ke dah jatuh hukum berdosa tu.

Selama dah dekat dua minggu aku berjaga malam ni, aku dah mula rasa sedikit kelainan. Tapi, aku tak tau la samada ianya mendatang kesan-kesan negatif ke positif. Rasa-rasanya macam nege.... opppsss, mintak-mintak jangan la.


i) Aku susah nak rasa susah nak mengantuk walaupun kadang-kadang aku paksa pun tak jadi jugak

ii) Mata aku jadi kelabu dan kabur. Ni aku tak tau sebab apa. Risau jugak aku

iii) Bila dah habis shif aku dan shif bertukar tangan dan aku balik ke rumah dengan harapan boleh tidur dengannya nyenyaknya. Tapi, sebaliknya lain la pulak yang jadi. AKU TAK BOLEH TIDUR!! Mata aku tak menunjukkan tanda-tanda nak tutup. Dah la mata aku tak boleh dijinakkan untuk tidur, pandangan pulak tu kabur.

iv) Badan aku sakit, sengal dan lenguh-lenguh. Habis, nak cas balik bateri kena la ambik masa. Jadi, aku tidur sehendak-hendaknya dan masa aku secara automatisnya akan lari.

v) Aku tak makan tengahari sebab kalau dah tidur tu makanya takkan bangun la untuk makan tengahari sebab dok membesarkan tidur je. Maka, kesan khas di situ ialah aku akan bangun tidur karang dengan perut kosong dan mula la rasa tak best je.

vi) Sembahyang la kamu sebelum kamu disembahyangkan. Hah, sembahyang entah ke mana. Kadang-kadang memang terlepas. Kalau aku terbangun pun kira-kira Zuhur gajah la dah. Itu pun kalau aku tak terlanding balik macam Airbus A380 atas tilam tu. Tapi, kalau aku terlanding dan flight seterusnya aku delay maka dekat Maghrib karang la baru aku bangun. Bangun jek rasa semacam. Bodoh, lemah, lesu, letih, nak marah, rasa macam siot, lapar, sakit.

vii) Apabila masa siang aku banyak dihabiskan dengan tidur jek, makanya malam aku dah susah nak tidur. Begitulah seterusnya untuk keesokkan harinya.

Tiada ulasan: