RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Rabu, Januari 12, 2011

Saat genting


BAM tersepit untuk pertahan kredibiliti <==pertahan kredibiliti? kreditbiliti apa? poket ka? pangkat ka?

PETANG ini, sembilan anggota Exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM), termasuk presidennya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berdepan saat getir untuk tampil membuat satu keputusan adil - sama ada mahu menerima sebulat suara peletakan jawatan Datuk Misbun Sidek atau pun sebaliknya.
Situasi sekarang jelas memberi gambaran betapa badan induk itu tersepit dalam mempertahankan kredibiliti untuk memenuhi tuntutan seorang individu ketika jurulatih perseorangan negara itu dinilai mendapat simpati orang ramai dan pihak kerajaan.
Saya tak ada masalah dengan Misbun. Saya akan cuba cari penyelesaian terbaik untuk situasi menang- menang Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh
Andai berpandu kepada elemen berkenaan, BAM harus membuat satu keputusan dengan sikap berani jika berpendapat kebenaran berada di pihak mereka.

Persoalannya, apakah badan berkenaan berani menolak tuntutan seumpama itu dan tegas dengan pendirian mereka. Tambahan, jika difikirkan secara lojik BAM tidak bersalah dan ketika sama tidak pun memecat Misbun. Ada yang menyoal jika bekas pemain negara itu tidak puas hati dengan sistem kejurulatihan dia boleh duduk berbincang, termasuk isu latihan anaknya dan bukan membuat keputusan mengikut emosi.

Segala hujah yang mencetus isu hangat sejak 1 Januari lalu bakal menemui jalan penyelesaian, hari ini dan tidak memeranjatkan andai satu kompromi untuk kebaikan kedua-dua pihak tergambar nanti bagi satu situasi menang-menang.

Ketika ini segala-galanya mengenai pendapat dan pandangan tanpa ada pihak yang benar atau pun salah. Yang pasti bola kini berada di kaki BAM andai mengutamakan kepentingan badminton negara

Tiada ulasan: