RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Rabu, Januari 05, 2011

Pemain itu dakwa BAM mengabaikannya



JANGAN lupa daratan! Itulah ingatan tegas yang dinyatakan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh kepada jaguh perseorangan, Lee Chong Wei yang tampak lantang mengkritik badan induk itu.

“Dia perlu ingat jasa BAM. Kita memberi banyak sokongan termasuk kewangan dan moral kepadanya hingga dia berjaya hari ini. Dia tidak perlu mengugut dan mengkritik seperti itu,” katanya.

Beliau yang baru pulang dari London diminta mengulas kenyataan Chong Wei berhubung keputusan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek meletak jawatan yang seolah-olah mengugut untuk keluar daripada BAM dan mengkritik badan induk itu yang tidak pandai menjaganya selaku pemain nombor satu dunia.

“Jika dia mahu keluar dengan menjadi usahawan dan membuka akademinya sendiri, kita menghormati keputusannya,” katanya.

Mohd Nadzmi bagaimanapun mengingatkan pemain nombor satu dunia itu bukan mudah untuk berdikari di luar kerana banyak contoh pemain yang keluar daripada badan induk itu gagal menyerlah dan tenggelam.

“Kita memperkenalkan syarat baru supaya penaja yang mahu menaja pemain perlu menerusi BAM kerana tidak mahu timbul konflik dengan penaja sedia ada, selain memastikan setiap tajaan itu tidak dibolot oleh seorang pemain,” katanya.

Tiada ulasan: