"JIKA kedua-duanya (Datuk Misbun Sidek dan Lee Chong Wei) menerima tawaran lebih baik di luar, biarlah mereka pergi."
Zolkples yakin tindakan Misbun dan Chong Wei keluar dari BAM tidak akan menjejaskan misi memburu pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 mahu pun badan induk itu sendiri.
“Saya tidak fikir ia akan menjejaskan BAM kerana di BAM, Misbun hanya melatih Chong Wei seorang. Jadi, jika kedua-duanya berfikir mendapat kemudahan lebih baik di luar yang mampu meningkatkan prestasi, BAM tidak patut menghalang,” katanya.
Zolkples berkata, BAM harus berfikir positif kerana secara tidak langsung keputusan Misbun dan Chong Wei itu akan mengurangkan beban kewangan badan induk berkenaan kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan.
“Sebaliknya, BAM boleh menggunakan kewangan yang ada untuk membimbing dan melahirkan lebih ramai Chong Wei baru.
“Jika kita lihat di Indonesia, Persatuan Bulu Tangkis Indonesia (PBSI) tidak mempunyai pemain, sebaliknya mereka hanya bertindak selaku penyelaras dengan lebih ramai pemain berlatih di kelab-kelab,” katanya.
Zolkples bagaimanapun menegaskan apa yang paling penting kedua-duanya perlu bersedia untuk mewakili negara dalam kejohanan utama apabila dipilih tanpa mengenakan sebarang syarat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan