RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Jumaat, Februari 12, 2010

Akhirnya sempurna....

3.10 ptg
12 Februari 2010

BUrrrrrrrrrrppppp!!!!! tepuk perut, menyandar kt dinding smbil tulis blog... Pekena Nasi Beriyani Bukhara dengan air laici.. pehhhhhhhhhh... mmg tbaek dari ladang... Baru lepas makan tengahari selepas selesai Solat Jumaat ari nih.. Cuma dia persekitaran umah aku ni panas terik, mujur la tepi bukit. So, tak la terasa sgt. Senyap sunyi rumah aku skrg ni, tanpa bunyi tibi.. yang kuat berbunyi adalah kipas syiling aku nih.. Aku kurang menonton telibisyen melainkan kalo ada Astro. Boleh gak layan Discovery Channel, National Geographic, Nickelodeon, Cartoon Network, History Channel. Channel lain mintak maaf aku tidak berapa menonton sgt. Dah tua pun layan kartun ek.. Hehh, aku punye suka la, sebok pehal.. hehehe.. Nanti aku ada anak, aku nak layan kartun dengan anak aku.. Hohoho.. Ye anak.. Sekarang aku telah sah menjadi seorang suami kepada Norfaziah binti Mohd Rejab dengan hanya sekali lafaz sahaja. Tahniah kepada diri aku :-) Akhirnya sempurna sudah tuntuan syariat yg dituntut ke atas setiap umat Islam di dunia ini, iaitu mendirikan rumah tangga.

Kini, telah 2 minggu aku menjalani kehidupan berumah dan bertangga. Setakat ni Alhamdulillahi Rabbi, semuanya berjalan dengan lancar dan aman. Tiada masalah lagi yg timbul setakat ni kecuali kekurangan masa aku bersama isteri aku. Dia sibuk dengan kehidupan bekerjayanya yang baru, bakal seorang Software Tester. Skrg ni dok sibuk dengan training dan memerlukan dia travel dari umah kami ke pusat bandar KL yang mangkuk hayun jamm. Hari2 beliau perlu travel. Keluar dari rumah seawal 6.45 pagi, sampai di hotel tempat dia training tu hampir pukul 9.00 pagi. Hampir 3 jam menghabiskan masa di dalam kereta di atas jalan raya. Dan pulang pukul 5.30 petang, sekali lagi mengharungi lautan neraka kesesakan lalulintas, dan sampai ke rumah biasanya hampir pukul 8.00 malam. Begitulah rutin isteri aku untuk 2 minggu kebelakangan nih. Kesian kat wife aku nih. :-| Nak buat macamane, ini adalah realitinya untuk masa sekarang. So, kena teruskan dengan apa yang ada. Dah la plak tu, balik rumah terus nak bekejar masak pulak kt aku, kemas rumah, basuh kain secara manual sbb mesin basuh takde lagi... Jadi, aku kurang selesa dan tak bersetuju dengan dia. Dia sepatutnya berehat selepas memerah otak training dan letih drive kete pergi balik kerja. Makan?? Takpe, aku tau menguruskan diri aku. Aku kesian kat dia sebab dia bukan orang gaji, bibik, orang suruhan atau robot pengemas rumah. Dia isteri aku. So, aku tak sampai hati nak susahkan dia, sebab aku selalu mengingatkan diri aku, dan meletakkan diri aku kat tempat dia. Macamane kalo aku kat tempat dia. Jadi, secara rasionalnya. Takpe lah. Aku cuba memahami keadaan dia dan cuba berdikari dengan seadanya.

Aku pulak dengan kerja aku lah. Orang keje, aku cuti. Orang cuti aku kerja. Orang tido aku kerja. Orang kerja aku tido. Ni adalah rezeki aku buat masa nih. Tapi, aku rasa senang hati dengan pekerjaan aku sekarang. Kerja yang agak stabil, di syarikat yang tersangatlah stabil, Hewlett Packard (HP), rakan2 sekerja yang ok semuanya, bos yg ok.. Jadi, kalo aku nak carik kerja lain pun terpaksa berpikir 2-3 kali jugak la. Mungkin aku tak patut memikirkan nak carik kerja lain dalam masa terdekat nih. Apa yang penting, stabilkan apa yang ada dan majukan apa2 yang termampu. Mungkin ada rezeki aku kehadapan nih. Insya ALLAH. ALLAH S.W.T itu MAHA Permurah, MAHA Adil dan MAHA Bijaksana dalam setiap percaturanNYA. Walaupun banyak duit aku habis untuk majlis perkahwinan baru2 nih, hampir RM 50K kalo dihitungkira secara teliti, mungkin ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik kehabisan tersebut. Tepuk dahi, mengeluh, membebel, termenung, nak marah.. Semua ada kalo dipikir2kan balik. Tapi, takpe. Life must goes on.. This what is life is all about.

Target seterusnya adalah untuk menimang cahaya mata. YA!!!! Ini bukan main2, cobaan. Ini betol2. Selaku bakal ibu bapa, kami telah mula melakukan perancangan. Walaupun sekadar cakap2, sembang2 dan berborak, ada perkara yang perlu diambil secara serius. Hmmm, ini mungkin bab yang lebih lanjut lagi nih. Persediaan menjadi ibu bapa.. Hohoho.. Takpe la, yang penting apa yang wajib telah kami lunaskan. Syaitan pun telah berjaya kami tumpaskan dengan tertegaknya masjid MU YA ALLAH. Kami adalah golongan2 yang sangat dibenci syaitan kerana kami telah menutup pintu maksiat dan kemungkaran sebaik sahaja ijab dan qabul kami dilafazkan. Sekarang, akan datang, mungkin dugaan dan ujian lebih besar bakal menanti barangkali.

YA ALLAH Ya Tuhan kami,
Kami memohon ke hadratMU agar diberikan kami petunjuk dan hidayahMU dalam kami meniti kehidupan rumah sebagai suami isteri,
Berilah keberkatan dan rahmatMU ke atas kami,
Jadilah perkahwinan kami ini, perkahwinan yang Engkau berkati dan rahmati,
Permurah dan permudahkanlah jalan rezeki kami, dan Engkau jauhkanlah kami dari jalan2 rezeki yang haram bagi kami,
Suburkanlah perasaan cinta dan kasih sayang di dalam hati2 kami berdua, berlandas rasa cinta dan kasih sayang kami terhadap MU
YA ALLAH Ya Tuhan Kami, kurniakan lah kami zuriat keturunan yang baik bagi kami,
Berkati anak pinak serta zuriat keturunan kami,
Kurniakan kami anak2 yang soleh dan solehah, yang menjadi penyejuk mata kami, penenang jiwa kami
Dan berikanlah keberkatan dan rahmat MU bagi keluarga kami dunia dan akhirat
Amin Ya Rabbal Alamin


Gentlemen, start your engine and get ready to roll !!!!

1 ulasan:

Z!eMr3j@B berkata...

suke-suke..tq memahami...insyaALLAH..selamat berjuang.cayuukkkk!!!!!