RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Rabu, Januari 20, 2010

Masanya dah hampir tiba

20 Januari 2010
3.51 pagi waktu Malaysia
6.55 pagi waktu Australia (AEST)

Skrg ada berada di opis sedang bekerja. Mujur la takde kes sgt yg masuk utk setakat ni. Tapi, dalam pukul 5 pagi waktu Malaysia karang, mesti ada la kes masuk. Kerja ikut time negara luar ni la susah sikit. Tapi, buat masa ni aku free la utk sementara waktu nih, sebelum dihujani dgn kes2 yg byk masuk kejap lagi.. Kepala aku memikirkan berbagai2 masalah, perkara, program, perancangan.. masuk akal, tak masuk akal, giler dan sebagainya.. Sebabnya??? Sebabnya 10 hari lagi aku akan melangkah ke satu alam yang sangat kompleks, penuh dengan pelbagai cabaran dan rintangan.. 10 hari lagi akan menamatkan zaman bujang aku.. dan status aku akan berubah buat selama2nya.. Ya...


InsyaALLAH aku akan bakal melangkah ke alam perkahwinan.. Alam yang sgt berbeza dengan alam bujang aku skrg nih.. Segala2nya adalah perkongsian apabila dah berkahwinan.. Makan, minum, tempat tinggal, masalah, suka, duka.. Semuanya dikongsi bersama. Sedang aku dalam persediaan utk menghadapi hari tersebut, berbagai2 ujian datang utk menguji aku.. Ada yang pada aku biasa dah telah aku agak.. Ada gak yang langsung tak boleh di agak dan di jangka.. Tapi tu la dia..... Nak atau tak nak aku tak boleh lari dan aku kena hadapi semua dugaaan2 tersebut... Aku? Aku tak penah cuba untuk lari dari utk menghadap semua tu.. Tapi, kadang2 aku tak tahan dengan dugaan tu, jadi aku seakan takde kekuatan utk menghadap dugaan tu.. Nak lari? TIDAK MUNGKIN.. aku takkan lari.. aku mungkin boleh lari dari masalah ini buat masa ni.. tapi lambat laun akan akan hadapinya jugak.. Berpantang lari sebelum kecundang.. Heh.. berfalsampah la plak ye..

Dalam 10 hari ni, aku diletakkan dalam situasi yang terrrrrrsgt sukar.. Masalah negara yg paling menghantui aku..yeeee.. sudah semestinya kewangan.. ke-uaangan..wang, duit, ongkos, pulus, pitih, uang, money, beruang..hehe adehhh.. utk masa ini tekanan dari segi kewangan sgt2 membebankan aku.. Tapi, utk saat dan minit aku menulis post ni, adalah sedikit sinar2 harapan utk aku terus melangkah.. Aku dah rebah dah sebenarnya, tapi mcm Optimus Prime yang dihidupkan semula oleh Sam Witwicky dengan Matrix of Leadership... Aku cuba bangun balik merangkak setelah "sumber tenaga" aku dirampas oleh "Megatron dan The Fallen". Mujurlah adalah "Ms JetFire" datang menyelamatkan aku dengan memberi "Sparks"nya utk aku terus bangun... Dan sekarang aku cuba utk terus berdiri dengan tenaga yg ada nih, utk aku terus ke hadapan menuju ke atas pelamin.. Hehehe


Dah tak lama lagi aku bakal mengakhir segala jerit perih, titik peluh, tenaga, kederat, keringat, yang ada nih utk merealisasikan impian aku utk memasuki alam perkahwinan bersama tunang aku yg tersayang, yg bakal menjadi Puan Natasha... awal2 dia dah announce dh dalam FB beliau.. bagus sayang.. at least syg dah bersedia utk bergelar Puan.. :) Sekarang ni aku cuma agak serabut dan tertekan dengan "mereka2" yang cuba utk menimbulkan kekecohan dan kekusutan. Perkara kecik tak perlu nak diperbesar2kan. Hanya kerana sebab kenduri kahwin rumah tangga mereka nak berantakkan.. Ntah ape2.. Dah tua bangka tapi sesingkat itu jalan dan keputusan yang nak dibuat.. Bercakap pandai macam profesor tapi akai takdak.. Sepatutnya org pompuan yg akal nye duduk di mulut, tapi ni org lelaki.. Mungkin ini adalah pesanan penaja utk aku, agar aku menjadikannya iktibar utk aku meneruskan kehidupan rumah dan tangga aku nnt.

Utk bakal isteriku.. syg, apa yg kita tgk, dgr harap jadikan panduan utk kita berdua mengharung ombak2 yg bakal memukul utk menguji kita nnt.. spt lirik lagu Sheila On 7, bilaku marah biarkan ku bersandar, jgn kau pergi utk menghindar... harap ditegur semua salah dan silap diri ini yg lemah hinggalah nnt saat rambutku mulai rontok dan perutku mulai buncit.. yakinlah aku tetap terseksi.. wuhuUUU!! ;-)

Tiada ulasan: