RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Khamis, Mac 12, 2009

3 hari terakhir (Bab 2)

12 March 2008
Sayup2 hp aku bbunyi.bising lak hp aku ni pepagi hari ni.tp kalo tak bising tak bangun la lak aku nak smyg subuh.mangkuk tul la.kang lambat lak pi keje. nanor jek masuk tandas amik air smyg, setel smyg subuh aku pun relek jap atas katil. tp telinga aku ni masih terngiang2 kata2 abang tu.mcm ada mende tak kene. aku pun siap2 ar nak pegi keje. gerak la ke pekan mcm biasa.awal gak la aku sampai tmpt keje. sblm kul 8.30 pagi gak la.tp aku rasa ari ni aku rasa berat mulut aku nak bckp dgn org.tp berat mulut ni lain dari lain.aku tak rasakan diri aku ada kat opih ni tp aku ada kat hospital bsama nenek aku. aku rs mcm ada mende yg tak kene strusnya perasaan tu memaksa aku utk tidak mengeluarkan sbrg perkataan. aku pelik tul. kdg2 aku tpikir gak mkin ada something yg akn berlaku (mak?) tp aku lawan perasaan aku tak. lex ar shah xde mende kot. hari ni PM aku dtg. dia dtg pun aku tak amik port sgt ar.sbb aku taknak bckp.tghari aku kuar makan tghari pun aku rasa tak best. nasik ayam natrah yg kire champion kat pekan ni pun aku tak rasa champion ari ni. tgh makan tu aku benti sat dan terus tepon makcik yam. siot! tak angkat plak.mmbute la org tua tuh.dah la aku tak tau apa status nenek aku tu.ok ke dia ari ni. at least aku nak tau status dia tu.dpt dgt kabor dia pun dh lega sket aku tp keadaan tu terus menerus membuat aku jd lagi la jiwa kacau. aku dok kat opis ari ni diam jek.tlalu berat utk mulut aku bckp sbb otak aku sdg menaksir,mentafsir,menaakul,memikir sesuatu yg aku tak pasti rasanya. aku terus berdoa pd DIA smg jgn la ada apa2 tjdi kat mak. masa terus blalu dan aku masa balik pun sampai.aku terus gerak balik ke ktn dan terus ke hospital mcm biasa.dlm pemanduan aku tu, dlm kepala hotak aku takde mende lain yg aku pikirkan melainkan nenek aku.bdoa dan terus berdoa.sampai hospital aku pun terus naik ke atas.aku pun pi kat mak dan dia tgh duduk berlunjur atas katil waktu. aku salam dan peluk cium dia dan…aku jadi terpaku seketika…………………….

ada sesuatu kat leher dia.aku perati betul2.satu salur telah dimasukkan ke leher dia.salur tu… spptnya cucuk kat tgn tp tp kenapa masuk kat leher??? aku tanya mak, mak, mak rasa mcmane? mak ok tak ni? dia jwb, yaaa dan menganguk. tp suara dia lain.suara dia bckp serak.smlm ok tp knpa ari ni serak.aku menarik muka pelik.dan aku pun suruh mak berehat.then abah pun ckp la kat dgn nada perlahan, shah, mak dah 50-50 doktor ckp.zaaaaaaaassssss,aku rasa mcm jantung aku ni kene libas.jantung aku bgegar mcm gempa bumi.tp aku musti kawal diri aku.kuatkan diri shah!!aku ckp kat diri aku.aku pun terus pegi ke luar dan termenung sat.betul ke ape aku dgr? then, senja smkin melebarkan sayapnya.ada sekumpulan nurse dtg utk menguruskan nenek aku tu.rutin biasa diorg ar tu.diorg pun tutup tirai katil tu.kbtln lak waktu tu ramai gak la yg ada. abah,cik yam, pokde, mokde, aman, adik2 mokde. pokde lak kbtln ari ni sakit badan sgt dia ckp. cik yam suruh aku kol papa. aku ckp malas ar. kalo nak cik yam ckp sdiri. dia pun malas. abih kalo dia malas aku lagi ar nye. aku tepon mama dan cik yam pun ckp la dgn mama. apa nak kata, selok ar mamanya bila cik yam ckp mak dah 50-50. pokde lak ada beli buku perubatan blablabla gitu ar tajuk nya. tp pokde bukak muka surat yg ada bab tanda2 org yg hampir dgn ajal dan dia bagi aku baca. aku pndng pokde, pokde pndg aku. kami masing2 hanya diam jek. aku baca la lebih kurg. borak punya borak, nurse tu pun siap dan bukak balik tirai katil tu. aku yg dari tadi dok mundar-mandir terus meluru ke katil nak tgk mak. abah pegi dulu, dia pun pegi la tgk mak tp sume yg ada kat situ tak terpandang pun ke mak. gitu gak dgn aku. abah dok tgk ke mesin status jantung mak tu. then, aku pun tgk lak mak. aku usap kepala dia dan sentuh dahi dia, dan mata aku terus memandang dada dia daannnnnn…………………

Ya Allah, dah tak bergerak!! aku terus tepuk muka mak dan panggil dia. mak! mak! makkk!! aku berlari memanggil nurse. nurse2, tlg tgk nenek sy! nurse pun berlari ke katil mak. keadaan menjadi kelam kabut scra tiba2.nurse2 sume berlari dan berkejaran.scra tidak langsung ia mmbuatkan aku jadi panik!!then, sekumpulan doktor dikejarkan ke katil nenek aku. aku dah jadi tak tentu arah.diorg pun tutup tirai dan sgla mcm alat mula ditempatkan ditepi katil. aku hanya mampu berdoa pada Allah S.W.T. bagi la aku kekuatan utk aku hadap semua nih. aku dh jadi mcm tak betul kehulu-hilir.kdg2 aku menelek gak disebalik tirai utk tgk keadaan mak tp tak nmpk jelas sbb dilindungi dek mesin2 dan nurse2 tu.then,ada doktor keluar ckp bagi kami 10minit utk kami buat CPR.aku terus berharap yg takkan terjadi apa2 pada mak. masa berlalu mcm lambat sgt.padahal 10minit jek tu. aku dok kat luar kehulu-kehilir.berdiri pun dah mcm nak rebah tp tpakse gagahkan diri.tunggu punye tunggu, aku masih tak tau status mak mcmane. sat lagi, ada satu doktor lain yg comel kecik molek keluar ckp bagi kitorg lagi 10minit lagi boleh tak, kitaorg cuba usaha lagi. huh, tu diaaaa. aku bile dah dgr mcm 2 mcm cacing kepanasan ar. serba serbi dah tak kene. Ya Allah…aku tak puas hati. aku masuk dalam melangkah, langkah aku smkin lemah tp aku nak tau jgk mcmane keadaannya. aku pun menelek disebalik tirai tu.aku nmpk ada sorg doktor tpacak berdiri sblh kpla nenek aku tu. dia memicit sejenis alat. mcm alat bantuan pernafasan, ianya masuk ke mulut mak dan bila doktor tu memicit alat tu, dada mak akan naik sbb ada udara masuk. bile tgk keadaan mak mcm tu, aku tetiba ketar satu badan… aku jadi lemah badan secara tiba2…aku tak boleh tahan perasaan aku lagi………………………..

aku meluru keluar dan aku menangis dan meraung perlahan-lahan dgn semahu-mahunya!!! mak..mak…aku terus memanggil mak dgn suara yg tersekat-sekat.aku bangun, aku duduk,aku menyandar.apa yg aku tau pada waktu tu adalah menangis dgn semahu-mahunya. teresak-esak spt seorang anak kecil yang kehilangan ibunya. aku dah tak peduli org sekeliling aku. takde siapa pun yg ada disekitar aku amik port kat aku pada waktu tu sbb diorg tau apa yg aku rasakan pada waktu tu.diorg hanya mampu tgk sahja.aku cuba melawan perasaan aku pada waktu tu.berat bebanan yg aku rskan pada waktu tu.tp aku kuatkn diri dan cuba terima kenyataan.mak akan pergi meninggalkan aku. tangisan aku tu smkin bkurangan tp ttp teresak2 dan tersedu2. aku cuba bangun dan berdiri,ok jek. ttp aku terduduk semula dan terus menangis sbb aku tak punya cukup kekuatan utk hadap mende ni. kekuatan aku hilang. sbb mak adalah sebahagian dari kekuatan dan hidup aku.mama dan mak adalah dua insan penting dlm hidup aku. aku ibarat burung dan mereka berdua ni lah kepak aku. aku cuba bangun lagi dan terus berjalan pergi ke tepi koridor tu dan memandang ke luar hospital. aku mendongak menghadap langit senja. air mata aku terus mengalir laju. aku bckp pada diri aku, aku kene terima hakikat yg bhwsanya mkin dah sampai masa mak akan pergi meninggalkan aku. dah 2 minggu dia terlantar kat hospital ni. aku kene redha dgn sebarang ketentuanNYA. think positive, aku akan terima hakikat nih. aku terus melayan perasaan menangis mengenangkan dia. tgh dok selak nangis, dtg la sepupu aku ni anak pokde si aman ni. dia ni kanak2 "istimewa" sket. dok melepek kat aku tanya bakpe aku menangis, nenek itu nenek ini..dah la aku dok tgh tak betui nih. tiba2 jek aku tengking dia, dlm keadaan menangis gitu aku bertempik, mu toksoh sibuk sini aman buleh tok, aku tumbuk mu kang aku tumbuk mu!!! tiba2 dtg abah tarik aman, aman!! mu toksoh dok kuca sini ar mu ni. shah tgh gitu tu, mu boleh pekdoh saje je kang, kata abah smbil tarik aman blah jauh dari aku. huh, kalo tak mmg dah ada buleh sakit tu. aku cuba kawal diri aku sbb aku rs mcm dah tak terkawal dah ni sbb dh kire melibatkan org lain dan tindakan aku dh jadi tak betul.aku beristighfar byk2. kendian, cik yam dtg peluk aku. sabo shah. bwk bertenang. mkin dah sampai masa dia dah, kata dia. lagi la aku menangisnya. dan perlahan2 aku mula dpt kawal diri aku. tenang dah sket. aku terus memandang ke arah sungai kuantan. ada seekor burung camar terbang dan aku pandang pada burung tu.burung tu ibarat aku, bebas terbang kerana dia mempunyai kepak. megah diangkasa berterbangan. ya, tetapi aku mungkin akan kehilangan satu kepak dan sudah tak mampu terbang lagi. aku tersenyum melihat betapa bertuahnya burung tu…air mata aku terus bercucuran.

Aku smkin dpt mengawal perasaan aku tp pandangan aku masih terus melekat ke arah langit. walau apa pun, aku telah menjaga dia dgn sebaiknya2. aku dah cuba bagi yg terbaik utk mak. aku tersenyum pada langit dan air mata aku beriringan dgnnya. aku dah mampu utk bckp dgn org dan kpla aku mula memikir sape aku nak telepon. aku tepon mereka2 yg aku igt. aku tak bleh nak ckp yg mak dah pergi sbb doktor masih lagi dlm usaha utk memulihkan mak kembali. so, official result takde lagi. tp, tadi secara tak rasmi mak memang dah takde. mkin pasukan2 hospital ni dah berusaha sedaya upaya. aku masuk ke dalam utk tgk apa keadaannya. tetiba doktor comei tu pun kuar. dia tanya sape dia waris mak, aku pun panggil la pokde, cik yam, abah semua. sy nak mklmkn sy kami semua dah lakukan yg terbaik. kami dah buat CPR sume dan buat ape yg kami mampu dan Alhamdulillah jantung mak cik dah kembali berdegup.ttp degupan dia sgt rendah. jadi waktu ni sbrg kmgknan boleh berlaku.dlm keadaan mcm ni kebiasaannya kita tak boleh nak jangka. mkin dia hanya mampu bertahan sampai tgh mlm ni sahja.ttp kami tetap cuba sedaya upaya.so, kalo boleh panggil la anak2 dan sdra mara dia sume, kata doktor comei tersebut. bile dia ckp mcm 2. aku dah tak terasa sgt sbb nak tak nak aku kene terima gak la ape2 pun yg tjadi mlm ni. azan maghrib dah lpas waktu pun dah masuk tp aku masih tak smyg2 lagi. so, aku pun pi naik atas smyg maghrib.lps smyg aku buat smyg sunat hajat berdoa pada Allah S.W.T spya aku diberi kekuatan utk hadap sbrg kemungkinan yg akan berlaku.mmg itu yg pertama aku doa dan harapkan sbb dlm keadaan yg mcm ni aku tak cukup kuat utk hadap mende tu.mcm2 aku doakan kat mak. siap smyg aku pun turun pi ke katil semula. aku sampai katil aku tgk kosong!!!mana mak pegi??rupenye2 dah berpindah katil dah. kali ni siap skali dgn alat bantuan pernafasan yg lagi beso dok sblh mak. aku rasakan yg mmg mak betui2 bergantung dgn alat ni la utk terus bertahan.kat skrin mesin tu, aku dpt lihat kadar degup jantung mak tsgt la rendahnya. antra 30-40 jek. so, keadaan dia dah smkin mengiyakan kata2 naluri aku yg mak akan pergi jugak meninggalkan aku dlm masa terdekat nih. telepon aku bbunyi. cik wan aku tepon ckp dia on the way nak dtg dgn family aku. adik aku, kak ngah pun tepon ckp dia on the way gak nak balik dan maybe sampai dlm kul 12 tgh mlm kot.

Tiada ulasan: