RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Rabu, Mac 11, 2009

3 hari terakhir (Bab 1)

11 March 2008
Hari ni harijadi adik aku Qayyumm yg ke 14 tahun. Slmt hari jadi bro!! Dah beso dah tu tpi perangai mcm budak2 lagi. Lantak ko le. Janji jangan ko jadi liar dah le. Mklm le budak2 baru nak naik ni mcm2 dia nak cuba. Balik keje dari Pekan, aku terus je hospital kuantan. mcm biasa ar. menunaikan tanggungjawab aku selaku cucu yg baik. hehehe. jaga nenek aku ar. sampai je kat atas aku cium dia. keadaan dia mcm biasa ar. lemah dan slow motion jek. tp aku tak mo nak amik port sgt sbb aku tau dia tak sihat. aku tanya ape2 yg dia perlu ke. nak makan ke nak buang air kecik ke ape. ye ar dia bukannya nak bangun ke ape. so sblm2 ni aku la yg mandikan dia, dia buang air pun aku yg basuh. sbb waktu kecik dulu dia la jaga aku.aku rapat sgt dgn dia sampai le saat nih. kalo aku balik maran dan aku must pegi ke umah dia melawat dia. kalo aku pegi dgn mama dia musti masuk dulu. dan mcm biasa mak akan duduk melepak atas kerusi dia tu smbil dgr radio atau tgk tv smbil dikelilingi kucing2 dia. aku akn menyorok blkg pintu sblm aku masuk. mak akan tanya, rozi awok dtg dgn sape? jeng jeng jengggg aku pun melompat masuk dlm umah smbil bposing2 ala2 model dan bjoget. Assalammualaikum, dtg dgn sy la dgn sape lagi, jawab aku. Ala2 intan payung buah hati mak, meh sini meh sini, kata mak smbil betepuk-tepuk tgn ala2 main pok amai2 dgn budak kecik. Aku pun peluk dia dan cium dia. Gitu la aku dilayan tiap2 kali aku pegi umah dia. Cucu emas le katakan. Hekhekhek. Realiti ni :-) Aku pgil nenek aku dgn panggilan mak sbb dah mmg dari kecik aku panggil dia mcm tu. Arwah toki aku lak aku panggil ayah. Bbalik semula kpd cerita di hospital. Keadaan mak masih lagi sama spt hari2 yg lepas. Hanya mmpu duduk di atas katil. Bckp pun dah tak brpa nak larat. Hanya mampu menggeleng dan mengangguk sahaja. Aku mengusap2 kepala dia. Dan kadang2 dia dah lama sgt bbaring dia mintak nak bangun dan duduk berlunjur. Aku paut dia dan angkat dia bangun. Aku pun usap2 blkg dia. Blkg dia dah ok. Parut2 luka tu semua dah smkin kering dan menghilang. Punca jadi mcm 2 sbb mak sedara aku. Ntahapehape2 ubat ntah dia bagi makan kat mak sampai jadi mcm 2. Herba la ape la. 1st time aku tgk badan dia waktu 1st time masuk spital dulu mcm terbakar siot!!! Dah la tu dia baginya ubat tu, org tua tu jadi mcm tu bukannya dia nak dtg jaga. 2-3 hari pastu la baru dia datang. Hampehhh, berasa salah kot agaknya tp nasik dah jadi bubur baii. Aku nak sumpah seranah kang dia mak sedara aku, tp otak letak mana la agaknya. Dtg sekejap jaga dah mengeluh. Pastu pagi2 buta dah nak cabut balik. Aku bukan nak mengungkit sgt tp aku hari2 berulang alik hari2 Pekan-Kuantan. dah dekat 2minggu. dtg keje lak hari2 lewat2 sbb jaga mak. penah aku masuk keje kat pukul 4.00 petang. dah lama aku tak balik umah sewa aku kat pekan nu. Aku rasa mcm bulan ni duit sewa umah aku bayar shja je la sbb aku tak dok umah bulan nih. tp aku tak nak jadikan jauh tu sbg alasan. ni tak umah dekat pun serabut nak balik umah. eeee, geram aku. yg betul2 ngadap jaga mak, pak sedara aku ar, abah. aku dgn dia la yg byk habiskan masa jaga mak... Hari ni anak2 sedara mak ada gak yg datang melawat dia. Anak2 beranak arwah Bah Malik, Ayah Abang. ntah sape lagi la aku tak hengat. hari dah beransur malam, keadaan masih lagi mcm tu la jugak. tak de apa2 perubahan. Azan Maghrib dah berkumandang sayup2 dari Masjid Besar Kuantan. Abah tanya aku, awak nak balik umah ke mandi2 dulu? Aku pun ckp, blh gak kang lepas Isya' sy dtang ar semula. Aku pun ckp kat mak yg aku nak balik jap mandi. Mak mengangguk aku salam dan peluk cium dia. Dlm perjalanan aku ke tmpt parking kete terlintas kat kepala aku, nak carik2 buku2 agama utk dia. Aku nak bacakan utk dia, kurg2 masa dia diisi dgn santapan2 rohani sbg bekalan utk dia. aku pun balik umah sampai umah dah siap mandi smyg sume aku pun memulakan sesi menyelongkar laci2 utk mencari buku2 agama. jumpa!!! tp buku2 agama tu jawi daa. ni jawi lama nih. aku buleh gak la baca jawi ni tp xde la lancar sgt pun. aku jumpa la satu buku Tafsir Al-Quran Surah Al-Baqarah Buku 2. Aku belek punye belek, kire ok la ni kot. buleh la gak aku baca. aku pun letak dalam beg gerak terus pegi spital. Sampai kat katil aku mak tgh tido. aku pun lex dulu borak2 dgn abah dulu. Abang pun ada gak. Jap lagi mak bangun. Dia tsedar aku ada, dia pun nak bangun aku paut dia dan angkat dia bangun. letih agaknya kot asik dok baring jek. aku pun gosok2 la blkg dia dan picit2 badan dia. kendian dia pun bagi isyarat nak baring semula. aku pun baringkan la dia semula. aku ckp kat dia, mak byk2 istighfar dan zikir ek. igt Allah byk. dia pun mengangguk.kadang2 aku perati gak mulut dan lidah dia nmpk bergerak2. mkin dia berzikir dan beristighfar. kendian aku ckp kat dia yg aku ada bawak buku tafsir Al-Quran utk aku bacakan pada dia. Kurg2 terisi gak masa lapang dia. dia mengangguk. aku buku buku tafsir tu dan aku bacakan utk dia. kendian dtg anak sedara dia Ayah Kamil melawat dia. Sesudah tu, aku sambung semula then geng2 nurse menunaikan kewajipan la mengoperate nenek aku tuh. hari dah smkin lewat aku pun tak tau samada nak lepak sini ke tak mlm ni. sbb malam2 yg sudah mak sedara aku a.k.a doktor tak bertauliah tu teman mak. tgh aku dok mengelamun tu, doktor tak bertauliah tu pun dtg. so, aku pun rasa nak balik ar. sblm aku nak balik tu, aku perati mak lama2. aku dok tpikir apa akan jadi kalo dia habis umur mlm ni. byk mende yg ganggu pikiran aku. tp aku biarkan ia blalu mcm 2 jek. yg aku harapkan dia cepat sembuh. aku peluk dan cium mak sblm aku balik tu. tp ntah knpa aku rasa yg mcm peluk cium aku tu tak cukup lagi. aku peluk dan cium mak lagi utk memuaskan hati aku.kendian tdgr kat telinga aku ni sepupu aku, abang ckp, aiii, beriya benor shah ni peluk cium mak? then, cik yam mak sedara aku tu sampuk, ahh, biar la tok dia, dia sayang tok dia. aku buat2 la mcm aku tak dgr apa yg diorg dok ckp tu. aku pun melangkah balik ke umah dgn harapan smga ALLAH S.W.T tu sembuhkan la dan selamatkan la nenek aku tu....

Tiada ulasan: