Aku bertolak balik dari Maran untuk pulang ke Pekan lebih kurang lepas Maghrib la. Tup-tup pukul 8 malam jugak daaaa.. Lalu ikut highway lebih cepat sebab aku nak naik ke Kuantan dulu jap. Kelajuan yang boleh tahan la jugak, yang mampu membuatkan Sarjan Senin yang duduk kat tepi jalan tu tersenyum sinis sebab mampu memerangkap aku dengan mesin perangkap lajunya tu dan seterusnya menggelengkan kepala sebab kalau tak kene gaya statistik kemalangan hari ni boleh meningkat disebabkan sebuah kereta dan pemandunya ni. Apa-apa pun, pegang stereng, baca doa, berwaspada dan bertawakal.
Lepas je tol Gambang, aku pun meneruskan destinasi ke Kuantan. Tiada apa-apa yang mencurigakan di tengah jalan. Sampai la aku kat Batu 12, kereta dah mula nampak banyak. Nak kata hari ni musim cuti sekolah tak pun. Pikir punya pikir, patut laaaa.. Hari ni Sure Heboh buat kat Kuantan!! Patut la orang ramai. Maklum le, habis semua ceruk orang pergi ke sana. Lantak ar dia orang yang penting aku nak sampai ke Kuantan. Tiba-tiba kereta brader kat depan aku ni brek secara tiba-tiba!!!! Rupanya kereta semua berbaris panjang tak tau sebab apa, samada ada kemalangan ataupun Sarjan Senin dan rakan-rakan buat sekatan jalan raya. Insiden ni berlaku sekelip mata. Berlaku pulak tu betul-betul depan kedai makan kat Shell Batu 12 tu. Aku sdiri rasa dan memang orang semua agak kereta aku memang kedebaabooooo!!! Langgar bontot kereta Waja brader depan aku ni.
Bayangkan dengan kelajuan 100km/j yang ditunjukkan oleh meter kereta aku dan dengan jarak lebih kurang dari 30 ke 50 meter, aku boleh berhenti tanpa mengusik bontot kereta hadapan aku. Creeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttt!!!! Dalam keadaan waktu tu, apa yang aku fikir, hentam je la sebab peluang untuk mengelak memang takde dah. Kalau aku belok ke kiri atau ke kanan, soheh aku naik atas divider dan mungkin menggelungsur pulak atas rumput dan seterusnya akan mengheret aku ke arah jalan yang bertentangan dan keadaan akan bertambah buruk. Jadi, pada waktu tu aku tawakal kalau nak kene, kene la ni. Dalam masa yang sama, tanpa perlu arahan tangan aku terus menarik handbrake dan kaki aku menekan brek seboleh-bolehnya, walaupun aku brek waktu tu, kereta aku tetap jugak menuju untuk membontoti kereta Waja depan aku ni. Allahuakbar, Allah Yang Maha Besar di atas segala-galanya. Pelik tetapi benar, tetapi dengan izin kudrat dan iradatNYA, aku berjaya mengelak dari menghentam kereta tu. Ngam-ngam je aku berhenti belakang kereta tu, sejurus selepas tu, berkebuk-kebuk asap tayar hasil dari ujian tayar aku tu, masuk dalam kereta aku. Bau hangit, nasib baik tak lemas.
Tiba-tiba kaki aku ketar. Mau tak, kalau ikut teori fizik dan momentum aku tu, sudah cukup untuk mendatangkan petaka pada aku. Mungkin disebabkan aku, semua kereta yang ada kat depan aku ni, akan bontot membontoti di antara satu sama lain. Jadi, Allah S.W.T masih mengkehendakkan aku selamat. Syukur Alhamdulillah. Sebab apa aku selamat? Sebab Allah S.W.T lindungi aku dari petaka, musibah dan marabahaya sebab aku masuk kereta baca Bismillah, baca doa naik kenderaan, aku berdoa pada DIA supaya perjalan aku selamat dan selebihnya adalah bertawakal kepada DIA dan berhati-hati ketika memandu. Oleh itu kesimpulannya, berdoalah kepada DIA apabila nak naik apa-apa atau buat apa-apa sahaja. Bismillah itu pun seminimum doa yang wajib dibaca untuk membuat sesuatu perkara. Yang lain-lain, jangan la memandu dalam jarak yang terlampau dekat dengan kereta yang ada kat depan kita, sebab kita tak nampak apa yang ada kat depan kereta yang kita dok ikut tu. Jangan lah anda membontoti kereta orang di depan anda, kelak bontot kereta itu jua lah yang anda akan sondol. Walaupun sekarang ni isu, bontot ni tak habih-habih lagi :-P jangan la kita menambah lagi isu-isu tersebut ke dalam kehidupan harian kita. Ingat, sentiasa la berdoa kepada Allah S.W.T, Insya Allah Taala, kita akan sentiasa dalam lindungan DIA. Wallahualam...
Doa Menaiki Kenderaan
Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan