RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Sabtu, Ogos 23, 2008

The MPC QExplorace 2008

16 August 2008

Aku telah menyertai QExplorace anjuran Perbadanan Produktivi Malaysia atau dalam bahasa omputihnya Malaysia Productivity Corporation (MPC). Sebenarnya aku diimport khas untuk join aktiviti ni atas tiket PKNP. Hehehe...PKNP tu tempat kerja lama aku. Yang ajak masuk ni pun kekanda Liza aku. Nampak macam best jek sbb dia ala-ala The Amazing Race dan Explore Race yang kat TV tu. Abg Mat suami Kak Liza pun masuk gak dan jugak Ajam selaku ketua kumpulan ni yang diberi nama kumpulan PK-PK. Hahaha... Macamana boleh nama ni aku pun tak tau, lu pikir la sendiri!!! Semalamnya, 15hb tu aku pegi taklimat untuk QExplorace ni. Petang tu lepas balik kerja terus aku pergi bandar Pekan ni, ushar checkpoint dan apa-apa klu yang patut untuk memudahkan lagi proses mencari jawapan. Hahaha, semangat gila siot :-p Meriah!!! Tu antara perkataan mudah untuk dikatakan. Jumlah peserta ada lebih kurang dalam 1000++ yakni 300 kumpulan yang mungkin dari seluruh pelusuk Pahang dan jugak luar Pahang. Semua lapisan masyarakat turut serta dalam QExplorace ni tak kira la badan kerajaan, swasta dan korporat, IPTA/IPTS (PSDC pun ada join gak, huhuh tp tak sempat nak ushar sapa dia yg masuk especially pensyarah) dan yang paling penting tak mengira agama dan bangsa. Korang Melayu ke Cina ke India ke semua join sekali tanpa ada sebarang masalah. Pendaftaran bermula seawal jam 6.00 pagi. Aku datang pun agak lewat dalam 6.45 pagi untuk pendaftaran. Lepas ambik baju dan sarapan pagi aku pun cari Kak Liza, Abg Mat dan Ajam. Semua peserta dilepaskan dari tempat permulaan tepat pukul 8.30 pagi di depan dataran kat depan padang Majlis Daerah Pekan ni. Setiap peserta diberikan soalan dan jawapannya terdapat pada papan tanda kedai yang ada disekitar di Bandar Pekan ni. Antara pandai dengan tidak je nak mencari jawapannya. Ada la klu-klu yang diorang bagi. Kira-kira menguji minda dan memerah otak jugak la nak boleh ke dapat jawapannya tu. Hari tu bandar Pekan dibanjiri dengan manusia-manusia yang memakai baju berwarna merah. Pasaraya Tunas Manja pun telah diserang pepagi lagi sebab peserta-peserta semua nak carik harta karun yang mesti dibeli. Terdapat 4 checkpoint yang mesti dilalui. Antara checkpointnya ialah di Pekan Riverfront, Muzium Sultan Abu Bakar dan Melati Inn. Boleh tahan jugak la jauhnya iaitu 5km berjalan kaki. Tapi, seronok punya pasal tak terasa pun. Walaupun ni adalah pertandingan tapi kitaorang tak nak amik serius sangat. Lebih kepada santai la. Dalam pukul 11.30 pagi tamat la acaranya. Walaupun nak menang memang tipis sekurang-kurangnya masing-masing dah cuba yang terbaik.


Ajam, Abg Mat dan Kak Liza in eksen


Penampilan yang diimport khas


Senaman pagi yang diberi nama Chicken Dance, apa daa ayam


Ya ya, itu diaaaaa ada gaya dah kepak ayam tu youuuuuu. Auwww, tak kuasa mak gitu. Huhu


Rugi lak tak bawak toto kalau tak mau tidur kejap ni


Ni nak melukis ke nak berposing ni. Potong markah kang


Posing sebelum berlari macam orang gila


Muka-muka belia 4B harapan negara dan mukim daerah masing-masing yang tengah boring, wei bila mau umum keputusan daaa??


Sesi menghuru-harakan dewan


Err, apa awak nak nak bergambar dengan saya? Takpe2 time kasih je la kang marah lak pakwe awak sbb saya ni hensem, kata aku kat awek depan aku ni.


Rugi lak tak bergambar dengan awek ni. Amik gambar curi la sekali.


Keadaan dah kembali tenang setelah diberikan gula-gula asam masin sebijik sorang


Tangkap Abg Mat jgn tak tangkap smbil Kak Liza menyengih. Boleh masuk iklan ubat gigi Halalgel ni. Hehehe



Khamis, Ogos 14, 2008

Mampukah aku untuk menjadi (___) seperti ni?

(Suami)

Pada suatu pagi, Rasulullah pulang ke rumah. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Tatkala masuk waktu solat Baginda Rasulullah S.A.W pergi ke masjid untuk mengimami solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku
kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda Rasulullah S.A.W sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah S.A.W menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Rasulullah S. A. W. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah S.A.W menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula embali sesudah selesai sembahyang."


(Pemimpin)

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuk Baginda merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." Rasulullah S. A. W. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.."

Rabu, Ogos 06, 2008

Projek

Aku telah dipanggil untuk melibatkan diri dalam satu projek portal sekolah. Tugas aku setup server dan network dan seterusnya membolehkan portal tu berjalan dengan jayanya. Aku terima tugasan ni sebagai satu cabaran untuk aku tengok sejauh mana keupayaaan aku dari segi kemahiran dan pengetahuan kerja.

Mari membontot kereta di depan (Versi Marabahaya)

3 Ogos 2008

Aku bertolak balik dari Maran untuk pulang ke Pekan lebih kurang lepas Maghrib la. Tup-tup pukul 8 malam jugak daaaa.. Lalu ikut highway lebih cepat sebab aku nak naik ke Kuantan dulu jap. Kelajuan yang boleh tahan la jugak, yang mampu membuatkan Sarjan Senin yang duduk kat tepi jalan tu tersenyum sinis sebab mampu memerangkap aku dengan mesin perangkap lajunya tu dan seterusnya menggelengkan kepala sebab kalau tak kene gaya statistik kemalangan hari ni boleh meningkat disebabkan sebuah kereta dan pemandunya ni. Apa-apa pun, pegang stereng, baca doa, berwaspada dan bertawakal.

Lepas je tol Gambang, aku pun meneruskan destinasi ke Kuantan. Tiada apa-apa yang mencurigakan di tengah jalan. Sampai la aku kat Batu 12, kereta dah mula nampak banyak. Nak kata hari ni musim cuti sekolah tak pun. Pikir punya pikir, patut laaaa.. Hari ni Sure Heboh buat kat Kuantan!! Patut la orang ramai. Maklum le, habis semua ceruk orang pergi ke sana. Lantak ar dia orang yang penting aku nak sampai ke Kuantan. Tiba-tiba kereta brader kat depan aku ni brek secara tiba-tiba!!!! Rupanya kereta semua berbaris panjang tak tau sebab apa, samada ada kemalangan ataupun Sarjan Senin dan rakan-rakan buat sekatan jalan raya. Insiden ni berlaku sekelip mata. Berlaku pulak tu betul-betul depan kedai makan kat Shell Batu 12 tu. Aku sdiri rasa dan memang orang semua agak kereta aku memang kedebaabooooo!!! Langgar bontot kereta Waja brader depan aku ni.

Bayangkan dengan kelajuan 100km/j yang ditunjukkan oleh meter kereta aku dan dengan jarak lebih kurang dari 30 ke 50 meter, aku boleh berhenti tanpa mengusik bontot kereta hadapan aku. Creeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttt!!!! Dalam keadaan waktu tu, apa yang aku fikir, hentam je la sebab peluang untuk mengelak memang takde dah. Kalau aku belok ke kiri atau ke kanan, soheh aku naik atas divider dan mungkin menggelungsur pulak atas rumput dan seterusnya akan mengheret aku ke arah jalan yang bertentangan dan keadaan akan bertambah buruk. Jadi, pada waktu tu aku tawakal kalau nak kene, kene la ni. Dalam masa yang sama, tanpa perlu arahan tangan aku terus menarik handbrake dan kaki aku menekan brek seboleh-bolehnya, walaupun aku brek waktu tu, kereta aku tetap jugak menuju untuk membontoti kereta Waja depan aku ni. Allahuakbar, Allah Yang Maha Besar di atas segala-galanya. Pelik tetapi benar, tetapi dengan izin kudrat dan iradatNYA, aku berjaya mengelak dari menghentam kereta tu. Ngam-ngam je aku berhenti belakang kereta tu, sejurus selepas tu, berkebuk-kebuk asap tayar hasil dari ujian tayar aku tu, masuk dalam kereta aku. Bau hangit, nasib baik tak lemas.

Tiba-tiba kaki aku ketar. Mau tak, kalau ikut teori fizik dan momentum aku tu, sudah cukup untuk mendatangkan petaka pada aku. Mungkin disebabkan aku, semua kereta yang ada kat depan aku ni, akan bontot membontoti di antara satu sama lain. Jadi, Allah S.W.T masih mengkehendakkan aku selamat. Syukur Alhamdulillah. Sebab apa aku selamat? Sebab Allah S.W.T lindungi aku dari petaka, musibah dan marabahaya sebab aku masuk kereta baca Bismillah, baca doa naik kenderaan, aku berdoa pada DIA supaya perjalan aku selamat dan selebihnya adalah bertawakal kepada DIA dan berhati-hati ketika memandu. Oleh itu kesimpulannya, berdoalah kepada DIA apabila nak naik apa-apa atau buat apa-apa sahaja. Bismillah itu pun seminimum doa yang wajib dibaca untuk membuat sesuatu perkara. Yang lain-lain, jangan la memandu dalam jarak yang terlampau dekat dengan kereta yang ada kat depan kita, sebab kita tak nampak apa yang ada kat depan kereta yang kita dok ikut tu. Jangan lah anda membontoti kereta orang di depan anda, kelak bontot kereta itu jua lah yang anda akan sondol. Walaupun sekarang ni isu, bontot ni tak habih-habih lagi :-P jangan la kita menambah lagi isu-isu tersebut ke dalam kehidupan harian kita. Ingat, sentiasa la berdoa kepada Allah S.W.T, Insya Allah Taala, kita akan sentiasa dalam lindungan DIA. Wallahualam...


Doa Menaiki Kenderaan

Bismillahirrahmannirrahim
(Dengan nama ALLAH Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

"Maha Suci ALLAH yang memudahkan (perjalanan) ini bagi kami, dan tiadalah kami berkuasa mempergunakannya. Jika tiada kerana kuasa ALLAH, sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami"