RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Khamis, Jun 19, 2008

Trend Micro, ikhtiar untuk menghapuskan virus cara lain sikit

Tips yang efektif sebelum sebelum menjalankan proses scanning

- Turn off System Restore (My Computer > Properties > System Restore > klik Turn Off System Restore)

- Turn off atau Disable Windows Firewall > Kalau malas sangat nak klik sana-sini boleh pakai command je. Pegi kat Command Prompt atau klik Start > Run taip netsh firewall set opmode disable

- Restart komputer atau notebook yang nak discan tu, waktu first boot tu tekan butang F8 kat keyboard sampai keluar menu Safe Mode. Kalau aku lebih suka pakai Safe Mode with Command Prompt sebab lebih menjimatkan memory dan aku tak perlu nak show desktop dan ianya sedikit sebanyak mampu mempercepatkan proses scanning tu. Terpulang atas masing-masing nak pakai macamana. Tapi, yang penting mesti scan dalam Safe Mode.


Memulakan scanning dengan Trend Micro

1. Create New Folder, tak kira la nak letak kat mana-mana pun Desktop ke mana ke

2. Namakan folder tersebut sebagai "abc" ataupun ikutlah sesuka hati, perut atau pun medula oblongata. Sebab ada sesetengah keadaan, di mana virus-virus yang cerdik dia akan deny folder yang dinamakan berkenaan dengan perisian anti-virus. Contohnya, TrendMicro, Antivirus dan sama waktu dengannya.

3. Pergi kat web site Trend Micro untuk download beberapa tools yang diperlukan iaitu:

i) Sysclean



ii) Virus Pattern Files - pada masa aku tulis blog ni, latest patern version adalah 5.349.00



iii) Spyware Pattern Files
- Pada bahagian Official Spyware Pattern Release 0.xxx.00, klik Spyware Pattern File:tmaXXX.zip (pada masa aku tulis blog ni patternnya adalah tma658.zip
- Pada bahagian Spyware Pattern for New Anti-Spyware Engine, tengok pada Detection and Cleanup (Trend Micro Anti-Spyware) - Ssapiptn.Da5, klik pada link merah yang ada .zip untuk download file tersebut. Rujuk pada gambar.


4. Yaaa, tu dia file yang di di download tadi tu. Jadi, keempat-empat file tu perlu diunzipkan ke dalam folder abc tu. Sebaik sahaja dah unzipkan semua file tu ke dalam folder abc tu, sepatutnya akan terpaparlah enam file di dalam folder tersebut. Jadi, untuk memulakan proses scanning double click pada file sysclean.com



5. Inilah paparan yang akan dipaparkan sebaik sahaja file sysclean.com tu diklik. Kalau klik butang Scan terus, ianya akan secara automatik scan keseluruhan disk yang terdapat di dalam komputer samada hard disk, pendrive atau cd drive. Tapi, kalau hanya nak scan drive tertentu sahaja sebagai contoh pendrive sahaja, klik la butang Advanced, pada bahagian Advanced Options, klik Scan selected folder dan klik butang Browse. Pilih lah apa file, folder, drive yang nak discan, klik OK dan untuk memulakan klik butang Scan dan proses scanning pun bermula.



6. Tunggu je la scanning tu berjalan apa-apa file yang dia detect terkena virus, kebiasaanya akan dipadam tanpa rasa belas ehsan. Apa perlu dibuat adalah tengok apa yang virus yang dikesan tu dan kadang-kadang ada pop-up windows keluar memaklumkan pasal virus yang di dikesan tu. Kalau tak tekan butang OK alamatnya buruk la muka menunggu. Huhuhu

Tiada ulasan: