Hari ni akan menjadi hari bersejarah di Hospital Pekan ni kerana suatu ciptaan manusia akan dilancarkan dan diguna pakai di hospital ni. Hari ni jugak takdak cerita lain yang meniti di bibir orang-orang yang bekerja di sini. Sok-sek sok-sek HIS nak mula pakai dah, sok-sek sok-sek hamper, sok-sek-sok-sek aku pun nak sakit kalau macam tu. Apa daaa... nak hamper pun nak sakit ka? Hahaha... Tu la dia <--- ayat biasa dengar ni. huhuhu.. Sekejap lagi sistem e-HIS yang selama ni orang hospital ni dok sibuk-sibuk akan digunakan sepenuhnya. Dalam menunggu detik tu, aku telah mempersiapkan diri aku kalau-kalau ada sebarang kemungkinan dan kebarangkalian yang tidak dijangka berlaku. Huh, harap tak la. Sementara gugup la jugak menunggu, sempat la aku dan kengkawan membelasah hidangan yang disediakan malam ni. Kambing bakar, ayam bakar, daging lembu bakar, nasi beriyani, nasi Bukhari yang bukan dimasak oleh encik Bukhari ataupun kawan aku Bukhari a.k.a Wak (mana la ko sekarang Wak, lama betul tak dengar berita pasal ko). Sampaikan aku naik pening tak tau nak makan apa, nak pilih menu apa. Jadi, aku belasah je la ikut mata aku pandang. Nyum, nyum... Bedal jangan tak bedal. Free ni beb, "bukan kene bayar pun kalau angkat tangan" suap masuk dalam mulut. Tepat 12.01 tengah malam bersamaan dengan 14 Jun 2008 merupakan hari yang bersejarah dan bukan hari pra-sejarah. Akhirnya masa yang ditunggu telah sampai. Akhirnya sistem e-HIS (Hospital Information System) yang ditunggu-tunggu oleh warga kerja Hospital Pekan ni telah dilancarkan di hospital ni dan bukan di tapak pelancar roket dengan jayanya dengan penuh gilang-gemilang tanpa percikan bunga api ataupun ayam percik. Aku telah disuruh oleh bos aku untuk menunggu di bilik IT ni untuk menjawab sebarang panggilan telefon yang masuk. Sudah semestinya la aku menjangkakan malam ni akan havoc dengan panggilan-panggilan hangit macam konti radio tu. Mana taknya, detik ni adalah pertama kali depa semua pakai sistem ni secara live yakni sistem yang betul-betul punya. Tapi, disebabkan keghairahan aku untuk melihat di depan mata macam mana pelancaran tersebut berlangsung, aku telah mengingkari perintah berkurung tersebut. Sebelum ni dia orang semua pakai yang training punya sistem. Jadi, ini adalah masa yang nyata dan benar sama sekali untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Bahagian pertama yang menggunakan e-HIS ni adalah Bahagian Kecemasan. Dikendalikan untuk kesekian kalinya oleh Medical Assistant Encik Muhammad a.k.a Mat IT (sebab dia ni ada ijazah IT, haaa engkau jgn marah, aku setakat diploma jek ;p jadi meletakkan dia sebagai orang pertama untuk majlis pelancaran ni adalah strategi yang tersangat la bagusnya). Ramai jugak staf hospital yang ada malam ni. Kalau dibilang jumlahnya lebih kurang 5 pasukan bola jugak la. Kira-kira boleh di katakan meriah jugak la bagi hospital yang diberi taraf hospital basic dan kesanggupan mereka untuk bersama-sama sehingga lewat malam ni amat lah dihargai.
Dengan hadiah hampeh, err.. tak, hamper.... yang mampu memukau sesiapa sahaja yang melihat, mampu membuatkan orang yang tak sakit pun rasa nak sakit sekejap sebab hamper punya pasal. Sebabnya, kepada 5 pesakit terawal akan mendapat hamper tersebut. Tak sampai 10 minit sistem tersebut dilancarkan, sudah 2 pesakit di daftarkan dan hamper menjadi milik pesakit-pesakit tersebut. Setelah melihat kelancaran sistem tersebut berjalan, aku pun mula naik semula ke bilik IT untuk bersiapsedia menjawab panggilan telefon dan sebagainya yang patut. Aku kene berjaga sampai pagi. Takpa, aku rasa tak dak masalah sebab 2-3 minggu sebelum sistem ni dilancarkan, aku dah menguji lari kesiapsediaan dan kesiapsiagaan diri aku dengan berjaga dan bekerja selama 24 jam tanpa henti.
Bulan Ramadhan 2023
-
Assalamualaikum semua.
Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam
10 hari Ramadhan terakhir.
Selalunya En.Somi aku 10 h...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan