Hari ni aku kena kerja. Baru ingat nak balik Kuantan. Tapi tak dak masalah la tu. Nasib baik tak jadi pergi Klang hari ni sebab aku ingat hari ni pergi Klang dengan pakcik aku, PokDe tapi rupa-rupanya hari esok. Hari ni pulak ada orang dari KL turun nak selesaikan masalah application HIS ni. Jadi, aku kena tunggu la kat bilik IT ni. Dah tak dak benda aku nak buat selain dari copy paste nota dari digital library OUM, kawan aku hantar mesej ajak pergi kenduri kahwin kawan sekelas kita orang. Jadi, aku pun keluar la sekejap berkejar ke kendurinya tu. Siap semua aku pun balik semula ke hospital ni. Diorang semua masih lagi menghadap kerja masing-masing. Jadi, aku pun dah bosan menunggu balik la rumah sekejap. Layan berita sekejap tiba-tiba teringat pulak aku satu perkara.
Hari ini adalah hari terakhir aku bekerja di SP. Rupa-rupanya sedar tak sedar dah 7 bulan aku kerja dengan SP. Bermula dari 1 November 2007 hingga la hari ni, 31 Mei 2008. Banyak perkara yang aku belajar kat SP tu terutamanya dengan orang SSU. Terima kasih yang tak terhingga pada diorang semua.
Esok, iaitu 1 Jun 2008 bersamaan dengan hari ulang tahun jubli perak TUDM aku akan mula berkhidmat dengan syarikat lain la pulak iaitu IBA Health. Tapi, masih lagi tak lari dari hospital ni. Hahaha, cuma syarikat saja la yang lainnya. Syarikat ni dari Australia. Jadi, ini adalah multi-national company. Pesanan terakhir dari Kak Mala, HR Manager SP kepada aku dan kawan-kawan, starting from now please improve your English because after this you will be working with multi-national company. So, everything is in English. Try to communicate with your friends and use English in your email. Slowly, soon it will be better. Tu diaaa...in English daaa. Jadi, aku akan cuba meningkatkan English aku tu perlahan-lahan walapun bunyinya agak berterabur. Kehkehkeh.. Jadi, aku harap lebih banyak perkara aku belajar bila aku dah kerja dengan multi-national company ni.
Bulan Ramadhan 2023
-
Assalamualaikum semua.
Hari ini merupakan hari yang ke 19 Ramadhan, Here we go... kini kita dalam
10 hari Ramadhan terakhir.
Selalunya En.Somi aku 10 h...
Setahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan