RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Sabtu, Jun 04, 2011

Tugu boleh dibina jika ikut syarak?

Boleh bina tugu jika ikut syarak
Oleh Nasuha Badrul Huzaini
bhnews@bharian.com.my
2011/06/04

TUGU 1Malaysia di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Perlis yang mencetuskan isu.
TUGU 1Malaysia di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Perlis yang mencetuskan isu.
Pembinaan perlu betul agar tak jadi tempat puja

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak membantah pembinaan tugu 1Malaysia asalkan ia tidak bercanggah dengan syarak seperti tiada binaan patung menyerupai manusia dan tidak dijadikan tempat pemujaan dan penghormatan yang berlebihan serta tidak menelan belanja yang besar.
“Perkataan ‘tugu’ itu boleh membawa maksud yang berbeza. Mungkin tugu yang ditegah adalah binaan simbol 1Malaysia yang boleh membawa kepada unsur pemujaan dan sebagainya,” kata Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Beliau berkata, dalam mesyuarat sebelum ini, bentuk tugu yang dicadangkan lebih kepada binaan bangunan yang mempunyai 14 tiang bendera di tepinya bagi mewakili semua negeri serta tempat untuk mempamerkan maklumat mengenai sejarah negara.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang menegah pembinaan tugu di negeri berkenaan kerana ia di luar bidang kuasanya.

Kelmarin Dr Juanda berkata, Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan pembinaan replika tugu 1Malaysia sebagai suatu yang ditegah kerana amalan itu dikesan mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri menjurus kepada pemujaan al-Ansab atau berhala.

Mengulas lanjut, Dr Abdul Shukor berkata, pihaknya juga masih belum memutuskan sebarang cadangan pembinaan tugu 1Malaysia di mana-mana lokasi di negara ini kerana Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Kerja Raya sedang melakukan sedikit perubahan dari segi kos dan beberapa aspek lain.

1 ulasan:

Unknown berkata...

mcm kenal je si nasuha ni..hehehe..my ex-colleague..dah berjaya dia..