Semalam aku balik kerja lewat. Dekat pukul 1.30 pagi baru aku sampai ke rumah. Bawak motor pulak tu. Jadinya, aku balik kerja macam biasa. Tiada apa-apa yang pelik dan angker. Setibanya aku di kawasan rumah, aku pun nak masuk la kat tempat letak motor macam biasa. Sampai je tempat aku nak letak motor tu, ada terkejut ada seorang perempuan sedang mencangkung, dia membelakangi aku, betul-betul di laluan tempat aku selalu letak motor. Aku pun terkejut la jugak. Kenapa lak dia duduk kat situ tengah malam-malam buta ni. Aku pun tak fikir la mende-mende pelik ke apa sebab pada aku kalau setakat orang menunggu kat kawasan situ logik la. Mungkin dia tengah tunggu pakwe dia ke, kawan dia ke sape ke. Tapi, kalau dia menunggu dalam keadaan mencangkung di waktu dini hari macam ni, pada aku ada sesuatu tak kena la tu.
Jadi, aku pun nak masuk la ke laluan tempat letak motor tu, dengan harapan dia akan ketepi lah sebab aku nak masuk ke situ. Aku pun mendekatkan jarak aku dgn dia, lebih kurang 2 depa je la jaraknya. Tapi, dia buat tak tahuuuuuuu jek. Usah kata nak bergerak ke tepi ke, bangun, jauh sekali. Dia duduk keras jek kat situ tak nak bergerak langsung. Takkan la aku nak pi sergah dia ke ape ke. Jadi, aku pun amik keputusan letak je la motor kat belah belakang. Malas la aku nak panjang cerita. Aku pun gostan balik motor dan pergi la ke tempat letak motor belah belakang. Sesampainya aku kat situ aku nampak perempuan tu masih lagi mencangkung kat situ tanpa sedikit pun berubah posisi. Jadi aku pun buat tak tahu je la, tapi perasaan ingin tahu kenapa dia duduk mencangkung tepi longkang pukul 1.30 pagi nih membuak-buak. Aku rasa lain macam je la dia ni. Jadi, dalam kepala aku macam-macam mende dah fikir. Tapi, aku takde la rasa takut ke, berdebar-debar, ketar ke apa, cuma aku rasa macam aku nak tengok dia secara berdepan.
Siap je kunci motor, aku pun menggagahkan diri nak pergi menghadap. Sekali aku rasa bulu roma aku menegak secara tak sengaja. Aiseh, aku rasa semacam, mula dah aku rasa tak best. Tapi, aku cuma nampak sekali imbas je la rupa dia. Samar-samar, maklum la mata dah mengecik sebab mengantuk. Yang pasti, dia seorang perempuan, memakai blaus berwarna putih, berambut panjang dan duduk mencangkung. Aku pun dengan pantas memblah kan diri takut jadi mende lain pulak kang. Dah la umah aku tingkat 5, tingkat atas sekali. Nak berlari naik ke atas tu jenuh la jugak. Aku terus naik dan naik dan naik. Akhirnya, sampai jugak aku ke tingkat 5, dan aku cabut helmet dan memberanikan diri mengjenguk di tingkap kecik koridor tu untuk tengok samada dia ada lagi ke tak kat bawah tu. Aku intai-intai sikit rupanya ada lagi. Hmmmm, aku pun terus blah masuk dalam rumah.
Kesimpulannya, aku tak tahu siapakah perempuan tu. Adakah dianya orang? Atau makhluk2 lain? Err, korang mesti paham apa selain dari orang kan.... Yang pasti, aku bersiaran secara langsung, LIVE in konsert depan mata. Dekat pulak tu. Aku cuma harap tiada apa-apa yang TIDAK BEST. Semoga ALLAH S.W.T sentiasa melindungi aku dari gangguan syaitan dan iblis yang telah termaktub telah bersumpah di hadapan ALLAH S.W.T bahawasanya mereka akan sedaya upaya mengganggu dan menyesatkan umat Nabi Adam ni sehingga lah hari kiamat. Amalkan lah membaca Ayatul Kursi untuk melindungi diri kita dari gangguan syaitan dan iblis.
Ayatul Kursi (Surah Al-Baqarah Ayat 255)
Maksudnya:"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."(Surah Al-Baqarah - Ayat 255)
2 ulasan:
huhuhu....ngeri giler pngalan awok....meremsng bulu tengkok kawan...
hahaah, tu la pasey bang. kawan hok ngadap ni goner gayer gamoknyer. depan mata pulok tuw. hahaha. sabor je la ek. :-D
Catat Ulasan