RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Rabu, Disember 31, 2008

Selamat Tinggal Tahun 2008

Hari ni cukup lah sebulan aku bermastautin kat KOlumpo nih. Hari ini jugak adalah hari terakhir dalam bulan Disember 2008 ni, bermakna hari penutup tirai dalam tahun 2008. Tapi tahun hijrah 1429 dah pun berlalu dan tahun baru 1430 Hijrah sudah mula membuka tirainya 2-3 hari lepas. Tu yang penting pada aku, tahun baru Hijrah. Yaa, hijrah!!! Aku sudah pun berhijrah, dari Pahang ke Kuala Lumpur. Berhijrah dalam maksud mengejar keduniaan yang bila-bila masa boleh ditamatkan dan diambil balik. Tapi, adakah aku betul-betul menghijrahkan diri aku? Setakat ni, Alhamdulillah untuk diri aku. Aku dah tinggal kehitaman yang lepas. Lantak pi la. Aku tak nak dah. Cukup la weh. Aku pun dah nak masuk 26 tahun dah. Tua dah tu dah separuh 50 tahun.

Sekarang ni aku ada kat opis semantara tunggu nak balik umah ni, aku ambil la masa sekejap untuk menulis untuk menutup tirai 2008 ni. Sambil layan lagu-lagu dari band Death Metal otai Langsuyr dan As-Sahar. :-) Aku pendengar setia band nih tapi takde la sampai tahap ekstrem nak minum darah kambing ke ape ke. Tapi tu scene luar la, Malaysia ni aku rasa takde la sampai macam tu. Wallahualam. Baik makan nasik beriyani lauk kambing lagi best. Huhuh.

Tahun 2008 dah berlalu, aku tinggalkan dengan berbagai-bagai kenangan pahit dan manis. Yang pahit tu takkan terpadam walaupun satu hari ni aku pun akan terpadam atau dipadamkan. Arwah nenek aku pergi meninggalkan aku.... Walau apa pun aku akan tetap mendoakan dia sentiasa aman dan tenang di sana disisiNYA. Tu lah kenangan aku yang paaaaaaaaaaaaaaliing pahit dalam hidup tahun 2008. Banyak perkara yang dah aku lalui sepanjang tahun ni. Susah, senang. Tapi, yang pasti ni aku masih lagi bersendirian sedang kawan-kawan aku masing semua dah berumah dan bertangga. Aku jek yang tak nampak jalan lagi. Usahkan tangga, lantai pun ntah ke mana. Sebenarnya, aku dah jumpa dah pelengkap untuk aku mengakhirkan kebersendirian aku tu tapi..... masih lagi teraba-raba dalam mencari keseimbangan dan ketoleransian di antara aku dengan nya. Kekacauan sedikit berlaku la. Sedangkan lidah lagi tergigit, baik makan sup lidah..Sup lidah? Wauu.. Ahakss ;p Mungkin aku perlukan masa untuk aku kenal dia dan dia kenal aku. Tapi, sampai bila? Sesi kenal mengenal boleh memanjangkan tempoh pernantian secara tak langsung melambatkan proses mengikat perhubungan tersebut dimeterai dengan rapi. Aku pun tak tahu macamane. Aku nak berserah karang nampak macam aku ni takde usaha. Tapi, bila aku berusaha keras untuk merapatkan aku dengan dia, ada la sesuatu yang kurang enak berlaku disitu. Apa halangannya sebenarnya? Aku tak sesuai dengan dia ke? Aku berdoa pada Allah S.W.T mintak tunjukkan adakah aku memilih dia, dia tu adalah pilihan yang betui untuk aku? Memang kita mintak kat DIA, DIA akan tunjukkan kalau kena pada caranya. Tapi, bila aku sendiri dah yakin dengan petunjuk tersebut, ada la pulak cerita lain. Dia lah pulak macam ada sesuatu tak kena. Aku telefon tak angkat, ada anto mesej tak jawab. Kalau sekali dua tu takde hal la, ni banyak kali. Hmmm.. ntah la. Tapi, yang pasti aku dah bermimpikan dua perkara yg kurang beshh. Pertama, aku mimpi ayah dia tak boleh terima aku dan kedua, aku bertanya soalan kat dia, tapi dia tak nak jawab. Adakah itu petunjuk, Blues Clue untuk aku? Ada petunjuk, ada petunjuk! Macam dalam citer Blues Clue. Mungkin orang cakap mimpi tu, permainan tidur tapi kadangkala dalam mimpi tu la didatangkan alamat. Wallahualam, aku hanya berserah kepada Allah S.W.T apa yang terbaik untuk aku, dan apa yang patut aku lakukan. Hari ni la baru aku berYM dengan dia. Tu pun ntah berapa patah ayat je. Setakat tanya kabar jek kemudian masing-masing senyap. Aku pun memang sibuk, tak bleh nak buat apa la. Mungkin, itu adalah YM dia yang terakhir untuk tahun 2008 ni. Takpe la, apa pun aku harap dia bahagia dengan kehidupan dia dan jadi anak yang baik. Aku tau, dia budak baik dan aku akan sentiasa mendoakan dia. Dan aku nak dia tahu, walaupun mungkin dia takkan menjadi sebahagian dari hidup aku, dia adalah insan yang berjaya membuka hati aku dan menerima dia dengan seadanya.

Lagi, adalah beberapa perkara aku tak dapat capai dalam tahun 2008 ni. Contoh, aku nak amik CCNA tapi takde rezeki lagi. Mungkin kat KL ni ada rezeki yang lebih baik untuk aku. Aku harap masa depan karier aku akan lebih menyinar pada tahun 2009 ni walaupun ramai orang risau sebab tahun 2009 adalah tahun kegawatan ekonomi. Apa-apa pun aku harap Allah S.W.T akan sentiasa meredhai perkara yang aku buat dan DIA akan beri pentunjuk atas setiap perkara. Insya Allah. Walaupun aku tak dapat amik CCNA, tapi Allah S.W.T gantikan aku dengan mendapat kerja yang berjawatan pada aku tinggi, gaji yang pada aku yang tak berapa nak ada ni boleh dikatakan tinggi dan peringkat eksekutif. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. Aku harap aku tak lupa diri dan bermegah-megah dengan apa yang ada ni sebab DIA boleh amik bila-masa je yang DIA nak sebab tu hanyalah pinjaman sementara semata-mata dari DIA. Apa pun, Alhamdulillah aku dah bayar balik segala jerit perih mama dan papa aku, dan aku dah mampu membuat diorg tersenyum bangga dengan aku. Itu la yang aku rasa hadiah dan kenangan yang terindah buat aku bagi tahun 2008 ni. Dan aku harap tahun 2009 yang tiba hari esok, akan membawa limpahan rahmat dan barkah bagi aku, mama, papa, kak ngah dan abang ngah dan dani anak sedara aku, ain, oyyum dan aminin dan semua orang didunia nih. Amin... ni je la kot kata-kata penutup bagi tahun 2008 ni rasanya. Kalo nak pikir ayat tak balik lak aku. Dah la nak pi jumpa kawan aku kat Ampang ni. Ok, selamat tinggal tahun 2008. Semoga kebaikan di dalam mu akan aku bawa ke hadapan dan berterusan ditahun 2009 dan tahun-tahun yang akan dantang. Dan keburukan, kekurangan dan kelemahan di dalam mu tahun 2008, aku tinggalkan kau dan jangan ikut aku lagi. Akan aku jadikan teladan untuk aku, ingatan dan pengajaran untuk aku agar aku takkan ulang perkara dan kesalahan yang sama pada tahun 2009 ni dan tahun-tahun akan datangnya.

Tiada ulasan: