Tahukah kita, yang kita tidak ada keupayaan untuk mengetahui siapakah seseorang itu melainkan kita mengenali terlebih dahulu siapakah dia, ataupun kita pernah terdengar cerita tentang atau yang sama waktu dengannya la. Jadi, masalah di sini ialah, sebagai orang yang biasa duduk di atas, berpangkat tinggi atau yang seangkatan dengannya inilah masalahnya. Mereka selalu memandang orang lain lebih rendah dari mereka. Mereka je la yang bagus, kaya, berkemampuan dan sebagainya.
Sebagai contoh, aku pernah terjumpa seorang apek Cina berjalan-jalan perlahan di depan bank, Jalan Besar, Kuantan. Waktu tu aku masih lagi menunggang kuda kepang aku tu. Kereta takde lagi. Huhuh. Jadi, kat parking motor tu, aku perhati la apek ni. Dalam hati aku, mana la apek ni nak pergi eh. Perlahan-lahan je dia jalan. Aku rasa umur dia dalam 70-an, kurus dan kecik. Pakaian pun pesen orang-orang zaman dia tu la dan mengepit beg plastik yang terlipat rapi di celah ketiaknya. Secara jujurnya, aku menganggap apek ni mesti orang susah. Dah la tu, kepit lak beg plastik celah ketiak dia. Ye la, dengan cara pemakainnya dan penampilannya tu sudah cukup menggambarkan dia seperti orang biasa-biasa je la. Sayup-sayup dari parking kereta berhampiran tempat aku parking motor aku tu, alarm kereta berbunyi. Twit twit!!! Aku pun perhati lah kereta tu. Toyota Camry 2.0...
Rupa-rupanya alarm kereta tu dipetik oleh apek tu tadi!!! Lalu dia pun masuk dalam kereta tu. Kereta apek ni?? Serius, aku tergamam sekejap. Kemudian, dia pun berlalu meninggalkan aku yang masih lagi tergamam dan terpinga-pinga. Apek yang aku sangka orang susah tu tadi, rupa-rupanya bukan lah seperti yang aku sangkakan. Hamik nak, apek tu pakai Toyota Camry engkau!! Aku pakai apa? Motor jek.
Tengok apek ni. Nampak je macam ni. Kita mana tahu dia siapa. Ntah ke dia terer tahap dewa. Bukan setakat main alat muzik ni je, gitar double neck goreng berapi-api lagi dahsyat dari Steve Vai, Yngwie Malmsteen atau Kirk Hammett. Mana tau gak dia ni, tokey studio ataupun sama taraf dengan Beethoven atau Mozart.
Jadi, kesimpulannya adalah JANGAN sesekali kita memandang "belakang" atau rendah seseorang itu hanya kerana penampilan luarannya sahaja. Kelak nanti akan memalukan diri saya dan anda sendiri secara langsung dan tidak langsung. Sebab tu pepatah Inggeris berbunyi. DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER. (Jangan mengadili atau melihat buku hanya pada kulit luarannya sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan