Yaaaaaaaa!! Akhirnya gaji aku dah masuk. Hehehe. Amaunnya boleh la cukup makan untuk menampung sebulan pertama sebelum aku dapat gaji baru di tempat kerja baru tu nanti. Harap-harap aku mampu la bertahan dengan duit sebanyak tu, sepanjang tempoh sebulan pertama tu nanti. Ye la, hidup kat KL tu macam-macam perkara memerlukan duit. Bergerak je duit. Langkah keluar dari rumah je duit.
Jadi, ini adalah gaji aku yang terakhir di iSOFT Health (M) Sdn Bhd. Sehari lagi aku akan menamatkan khidmat aku di syarikat ni dan memulakan karier di tempat kerja baru. Jadi, selamat tinggal kepada semua yang berada di Pekan. Aku akan melakukan penghijrahan besar ke kota metropolitan yang penuh dengan kesesakan manusia yang terdesak di merata-rata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan