20 Oktober 2008
Hari ni aku balik kerja awal sebab aku nak kene gerak pergi KL ada temuduga kerja kat SKALI Web Services (SWS). Petang lepas balik kerja aku gerak ke KL. Aku kene pergi rumah member aku dulu, Harris kat Damansara Damai sebab aku tumpang tidur rumah dia. Jadi, keesokkan pagi aku sempat la ushar jalan dulu nak ke Plaza Sentul tu dengan bantuan dia. Aku gerak dari Pekan pukul 5.15 ptg. Ni pun dah lambat dah sebab petang macam biasa la jalan sibuk sebab orang balik kerja. Aku kene lalu ikut highway sebab nak kejar masa sebab aku anggarkan sampai pukul 9 malam kat KL tu. Berhenti kat Hentian Rehat Temerloh sat, solat dan makan lepas tu terus gerak. Hujan lebat gila. Kene bawak perlahan. Sampai Tol Gombak aku call Harris mintak dia bagi petunjuk ke rumah dia. Dia cakap rumah dia kat Damansara Damai. Aiseh, mana tu? Aku pun ikut je la dia cakap lalu kat mana-mana yang patut. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak la aku kat rumah dia. Terima kasih kepada ALLAH S.W.T yang telah mempermudahkan pencarian aku. :-) Naik rumah Harris hantar barang dan mandi semua lepas tu terus Harris bawak keluar untuk pi tunjuk jalan ke Plaza Sentul tu. Sekali hujan daaaaa... Aku lak tak pakai baju hujan. Lantak la, bedal je la alang-alang dah basah ni. Boleh tahan jugak la jalan nak gi ke situ. Mata aku meliar memerhatikan apa-apa yang patut untuk aku jadikan petunjuk esok. Akhirnya, setelah separah basah atas motor bantai dek hujan sampai gak la aku ke Plaza Sentul iaitu pejabat SKALI Web Services, tempat aku nak temuduga esok. Hmmm, boleh tahan gak la besarnya. Takpe la, apa-apa hal esok cerita. Kitaorang pun gerak la balik semula ke rumah dan lepak la kejap kat kedai mamak berhampiran pekena mee goreng mamak. Lepas tu balik rumah dan tidurzzzz....
Selasa
21 Oktober 2008
Aku terjaga sebab dengar bunyi riuh rendah. Ooo, ye ar budak-budak keluar rumah nak pergi sekolah. Aku pun tengok Harris masuk bilik nak siap-siap pergi kerja. Nak bangun malas lagi. Awal lagi sebab aku temuduga pukul 2.30 petang kang. Harris pun keluar pergi kerja, aku pun sambung tidur balik. Huhuhu... Pukul 10.00 pagi aku mandi dan bersiap keluar awal untuk mengelakkan sesat dan jalan jem. Kurang-kurangnya karang aku ada masa kalau aku sesat jalan. Sekali aku keluar bilik air aku tengok brader rumah Harris ni ada terpacak kat atas kerusi menunggu giliran masuk bilik air. Huhu, sori bro saya ingat orang semua dah keluar. Rupa-rupanya dia tunggu aku. Ahakss... Tak tau ar dah berapa lama dia tunggu aku tu. :-P Aku pun siap-siap, 11.30 pagi aku pun gerak dari rumah Harris untuk ke Plaza Sentul tu. Aku bawak kereta perlahan sambil mata liar memerhatikan signboard dan bangunan yang aku tanda hari semalam. Takut gak tersesat. Tapi, kalau kita mintak dengan DIA agar dipermudahkan jalan kita tu, Insya Allah memang DIA tolong. Akhirnya, sampai jugak aku ke Plaza Sentul tu dengan berjayanya tanpa ada sebarang masalah dan siap ada parking kosong lagi tersedia untuk aku betul-betul kat depan plaza tu. Alhamdulillah... Aku tengok jam dah pukul 12.00 tghari. Awal jugak aku sampai ni. Lebih kurang dalam 2 jam lagi nih. Mende aku nak buat? Pikir punya pikir, balik pergi cari kedai makan tengah hari. Aku pun jalan la sekitar situ, tapi tak nampak kedai makan pun. Aku pun patah balik ke plaza. Lepak dalam kereta baca surat khabar. Tak boleh jadi ni. Aku pun telepon Harris tanya mana kedai makan dekat sini, dia cakap kat belakang flat belakang plaza ni ada food court. Aku pun lantas mengushar, Ya! Aku pun makan la tengah hari kat situ. Belakang food court ni pulak masjid. Aku fikir kalau la aku dapat kerja kat sini menarik gak. Cari rumah kat flat ni, kedai makan kat bawah ni je, masjid lak belakang flat ni je dan nak pergi jalan kaki je, tak sampai 5 minit. Itu pun "kalau dapat" la kerja kat SWS ni. Huhuhu... Siap makan orang pun azan Zuhur. Aku pun melangkah pergi masjid. Tukar baju untuk temuduga siap-siap dan solat. Hari hujan la plak, lebat gak tapi nasib baik aku bawak payung. Aku pun pergi balik kat kereta, amik beg dan apa-apa yang patut. Pakai tali leher? Kehkehkeh, gila ah. Aku pun siapkan diri semua, dan melangkah dengan penuh elegannya naik ke tingkat 14 untuk pergi temuduga. Sampai je kat tingkat 14 tu, aku pun mencari-cari Cik Faizah, individu yang bertanggungjawab memanggil aku untuk temuduga ni. Akhirnya aku dipertemukan jugak dengan beliau dengan bantuan seorang akak yang kebetulan lalu di situ. Dia pun suruh aku isi borang mintak kerja. Dah la banyak muka surat lak tu. Aiyoooo... Dekat 20 minit gak aku dok mengisi borang tu. Siap aku hantar borang tu. Lepas tu ada lak borang lain aku kene isi. Aii berapa banyak borang daaaaa. Sekali aku tengok, ni bukan borang tapi ujian. Kekehkeh. Ujian Linux daaaaa. Hahaha, ada 36 soalan dan aku pun jawab ar dengan penuh berwawasan. Abih cakap terer Linux. Hahaha. Banyak gak la aku tinggal. Aku jawab mana yang aku tau je. Malas ar goreng. Tak bagus kalau buat macam tu. Siap aku pun hantar.
Lepas tu baru la aku dipanggil masuk ke dalam untuk temuduga. Aku pun masuk ke bilik, aku rasa macam bilik bos ni. Mak aaaaaaiiiihh, ada gitar karan yeop!!! Siap ada amp lagi. Huhuhu, Yang temuduga aku hari tu 2 orang. Harris cakap mungkin Head of Department aku pun tak tau namanya dan sorang lagi tu aku dengar orang panggil dia Encik Zul. Jadi, ni la dia Encik Zul bos Harris. Diorang pun tanya la aku macam-macam tentang aku dan apa yang termaktub dalam resume aku tu. Tapi, banyak soalan dia tanya pasal skill dan pengalaman aku dengan Open Source ni la. Aku cakap la apa yang sepatutnya. Selesai temuduga, wuhuuuuuu!!! Alhamdulillah. Aku pun tepon Harris untuk pulang kunci rumah dia dan aku pun bergerak la balik ke Pekan semula. Aku malas keluar dari KL lambat sangat sebab orang dah mula nak balik kerja dah. Jam karang naya je. Aku pun meneruskan perjalanan untuk balik terus ke Pekan sebab esok PM aku nak datang. Jadi, apa-apa keputusan temuduga tu nanti tunggu je la. Insya Allah, kalau ada rezeki aku, dan memang ni adalah pekerjaan yang sesuai dan terbaik untuk aku, aku harap ada la rezeki. Tapi, kalau ini bukan pekerjaan untuk aku ,aku harap dipertemukan perkerjaan yang yang sesuai untuk aku. So, just wait and see ok. ;-)
1 ulasan:
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
Catat Ulasan