Hari ni aku balik Kuantan. Sempat jugak sampai ke rumah sebab nak berbuka puasa. Ooo, aku puasa enam hari ni. Jadi, hari ni hari ke lima. Esok last puasa dan hari Ahad raya la. Alhamdulillah... Lepas berbuka puasa aku solat dulu baru la aku pi melantak nasik beriyani tapau kedai mamak tadi. Siap makan aku pun pi depan tengok tv. Sambil tu tengok gak la apa KERAjaan nak menipu hari ni. Hahaha :p Tiba-tiba ada iklan cakap pukul 9.00 malam kang ada cerita Ayat-Ayat Cinta. Haaa? Aku rasa petang tadi kat ofis ni la cerita yang Kak Elly dok cakap tu kot. Dia cakap cerita ni ada unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan dan blablabla lagi la. Aku pun terpikir, elok gak layan cerita ni. Mesti ada "cerita" di sebalik cerita ni. Tunggu punya tunggu akhirnya cerita ni pun mula la.
Ringkasnya, cerita ni berkenaan dengan seorang pemuda yang bernama Farhi, pelajar jurusan agama yang belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Kat sana beliau ketemuin dengan cewek yang cun banget sih yang bernama Maria yang juga jirannya. Tapi, Maria ni seorang penganut agama Kristian Khatolik. Walaupun begitu, Maria ni dah tertarik dan jatuh hati kedaaabbob dengan Farih ni disebabkan ketulusan, kejujuran, kebaikan serta keperibadian mamat ni. Farhi ni selalu bersama ke hulu-hilir dengan Maria ni. Jadi, dalam diam memang Maria ni dah tangkap syiokkk sama itu Farhi sedangkan Farhi ni tak tahu. Dalam masa yang sama Farhi ni ramai cewek-cewek yang meminati dia. Antaranya Nurul, Noura dan jugak Aisha. Akhirnya, Farhi memilih untuk mengahwini Aisha. Jadi, cewek-cewek lain secara automatisnya frust menonggeng la. Kesian2. Dalam tempoh yang singkat perkahwinan depa berdua ni, banyak la perkara dan dugaan yang diorg terpaksa tempuh sehinggakan Farhi ditangkap oleh bapak-bapak polisi dan diheret ke kantor kepolisian, waduh2 ngapain? Rupa-rupanya dia dituduh meng*tuttt* Noura walhal dia tidak pernah langsung meng*tuttt* Noura itu. Fitnah!!! Blah ar lu Noura. Nama je best, puiii.. Farhi pun disumbat ke dalam lokap gara-gara fitnah Noura (dia dah mengandung gara-gara telah di apa-apakan oleh bapak angkatnya yang nak kan dia jadi pelacur iaitu Bahdor. Huhh, dah la muka huduh, tak berpelajaran, berlagak samseng lak tu. Blah ar woii. Nama pun dah dekat2 dengan BODO) yang sebenarnya syok kat Farhi dengan harapan dengan cara macam tu Farhi akan mengahwininya. Kononnya, ala-ala macam cinta dia tak dibalas la ni. Huhhh, apa la lu minah. Main tektik kotor.Eeeee, Kejii!! Dalam masa yang sama Maria telah dilanggar lari oleh kuncu-kuncu Bodo tu dengan harapan beliau dapat melepaskan segala kesalahan kepada Farhi.
Namun, TUHAN itu MAHA BERKUASA dan MAHA ADIL pada hambaNYA. Maria masih lagi hidup tapi telah membawa diri bersama ibunya. Dalam masa yang sama, satu-satunya saksi yang boleh membuktikan Farhi tak bersalah ialah Maria. Jadi, Aisha telah berusaha untuk mencari Aisha sehinggalah berjumpa. Tapi, memandangkan Maria ni dah ala-ala lumpuh kerana eksiden dan frust yang melampui batas, jadi Aisha telah membawa Maria ke hospital dengan harapan agar beliau sembuh. Tapi, keadaan Maria semakin parah. Jadi, cara terakhir ialah dengan membawa Fahri ke hospital. Aisha membuat keputusan drastik dengan menyuruh Fahri berkahwin dengan Maria. Lalu berkahwin la Fahri dengan Maria kat situ jugak, dan akhirnya baru la Maria sedar dari keadaan separa komanya tu. Lantas, perbicaraan di mahkamah bersambung dengan kehadiran Maria yang membuatkan Noura terkejut, begitu juga denga Bodo dan kuncu-kuncunnya kerana menyangka Maria mati dilanggar mereka. Akhirnya, baru la Noura mengaku yang Fahri tidak bersalah dalam hal ni. Dalangnya ialah Bohdor tersebut. Akhirnya, bapak-bapak hakim memutuskan yang Fahri tidak bersalah!
Setelah keluar dari penjara Fahri menjalani la kehidupan sebagai suami kepada dua orang isteri beliau iaitu Aisha dan Maria. Kedua-dua madu ni tak berapa ngam. Biasa la tu poligami siapa nak beb. Nak dijadikan cerita satu hari tu kedua-kedua diorg ni masuk hospital. Jadi, dalam kelam kabut Maria mintak kat Aisha panggilkan Fahri sebab dia nak jumpa. Lalu Fahri pun datang la. Waktu tu, Maria mintak Fahri ajar dia solat dan dia nak solat bersama dengan Aisha sekali. Jadi, solat la mereka berjemaah. Dalam solat tu rupa-rupanya Maria telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berakhirlah episod cinta antara Fahri dan Maria.
Kesimpulan dan Rumusan:1) Dalam penjara tu, Fahri telah ditarbiah oleh brader satu sel dengan dia tu. Apa yang brader tu cakap cerita si Fahri ni macam cerita Nabi Yusof dengan Siti Zulaikha. Nabi Yusof masuk penjara sebab ketampanan dia dan keperibadiannya. Siti Zulaikha menuduh Nabi Yusof memperkosa dia sedangkan itu fitnah semata-mata. Jadi, Nabi Yusof berdoa lebih begini la "Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."
2) Kadang-kadang kita tak sedar kebaikan kita, keperibadian kita membuatkan orang tertarik pada kita sedangkan kita mungkin tak menyedarinya. Harta benda, paras rupa, pangkat dan kedudukan perkara kedua diambil kira, yang utama adalah keperibadian, kejujuran dan ketulusan seseorang. Baik sangat pun jadilah macam si Fahri ni haa. Tak baik kang lagi la susah. Wallahualam, bersederhanalah dalam setiap perkara dan mintak la petunjuk dari ALLAH S.W.T kerana DIA yang lagi MAHA MENGETAHUI.
3) Lepas aku habis tengok cerita ni member aku call aku cakap dia dalam dilema sekarang ni sebab tengok syok dalam cinta dengan seseorang sedangkan dia dah berkahwin dan dah ada anak sorang pun. Tu tanda-tanda nak "menambah" lagi satu la tu. Minah tu apa tak sekolah ke nak ke laki orang. Adusss... Tolong la weh. Jangan la ayat "kalau dah takdir aku, kalo dah jodoh aku" dijadikan taruhan. Cermin-cermin la diri tu dulu.
4) Aku pun baru nak melangkah mencari cinta setelah empat tahun lebih hidup bersendirian tanpa berteman. Dah bertemu seseorang yang aku fikir sesuai pada aku, akan tetapi... Ntah la. Apapun aku tawakal kepada ALLAH S.W.T. DIA YANG MAHA MELIHAT DAN MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA. Yang MENENTU dan PENENTU adalah DIA, aku hanya DITENTUKAN sahaja. Ada, ada la, takde, nanti sok lusa, minggu depan, tahun depan, 2 tahun lagi, 3 tahun lagi, 5 tahun lagi, 10 tahun lagi ada la kot. Ahakss...