RahsiaClickBank

Bekalan Keduniaan

Rabu, Jun 18, 2008

Hari ni dah masuk hari keempat aku kerja shif malam. Masuk 9.00 malam, habis keje pukul 9.00 pagi. Kerja aku adalah lebih kepada pakcik jaga, iaitu ala-ala dengan menjaga keselamatan kengkawan aku yang dilahirkan sebagai kaum-kaum Hawa ni yang bertanggungjawab untuk eHIS ni. Jadi, kadang-kadang kerja aku angkat telefon. Tu je la. Selebihnya, aku habiskan masa aku tengok anime. Layan cerita Bleach. Dah masuk pukul 5.00 pagi kebiasaannya, masa tu la aku nak berperang dengan mata yang dah mula nak terbukak tertutup. Mata ni macam ada gam jaaa. Pukul 6.30 pagi balik rumah jap yang lebih kurang 200 langkah cimpanzi je dari tempat keje ni untuk solat Subuh. Lepas tu dalam pukul 7.30 pagi, pergi kerja semua. Pukul 9.00 pagi balik rumah. OFF!!!! Bangun tak bangun pukul 3.00 petang karang la baru aku bangun. Bangun sekejap, tidur balik. Makan tengahari tak amik kisah dah. Yang aku tau cas bateri aku untuk malam karang pulak. Begitu le rutin harian semenjak dua menjak ni.

Tiada ulasan: