Jumaat, Oktober 31, 2008

Keputusan Interview?

Aku baru je 15 minit sampai dari KL. Baru je lepas makan burger dan baru lepas memecut dengan kelajuan seperlahan 70 km/j dan selaju 160 km/j di tengah Lebuh Raya Pantai Timur yang melantun-lantun macam naik kuda tu, baru lepas jumpa Bob (borak,sembang,gelak,diskusi,serius,tenang,abstrak,roti canai,bali suam,redha,harapan) dan baru je lepas segala-galanya. Segala cerita telah selesai. Segala penantian telah berakhir. Segala pertanyaan telah terjawab.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T aku dah berjaya diterima bekerja! :-) Jadi, tanggal 1 Disember 2008. bermula la kehidupan aku sebagai warga kota metropolitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan